Tajuk :Kemanisan Ukhuwah Fillah
Penulis: Nurul Izzati Abd Rahman (kawan yg disanjungi)
Kemanisan Ukhuwah Fillah
Hari ini semua pelajar kembali ke sekolah bagi memulakan sesi
persekolahan yang baru. Pada petang itu asrama putera (ASPURA) dan asrama
puteri (ASPURI) riuh dengan suara-suara pelajar .
“Assalamualaikum,” kedengaran suara seorang pelajar lelaki memberi
salam. Suasana dorm Makrifah yang riuh tadi senyap seketika.
“Waalaikumsalam warahmatullah,”
jawab beberapa ahli dorm Makrifah. Semua mata tertumpu pada pintu masuk.
Kelihatan seorang pelajar lelaki berkaca mata dihadapan pintu itu. Dia memakai
kopiah putih.
“Hmm..Ini dorm Makrifah ke ?” tanya
pelajar itu . Beberapa ahli dorm itu mengangguk.
“Ya, ini dorm Makrifah, kamu ini
siapa? Pelajar baru ke?” tanya Rafiq Zharfan. Dia merupakan ketua dorm itu.
Semua ahli dorm yang ada hanya melihat situasi itu.
“Saya Muiez Hakimi, saya pelajar
baru disini. Tadi penyelia ASPURA suruh saya kesini. Katanya masih ada katil
kosong di dalam dorm ini” ceria suara Muiez Hakimi memperkenalkan diri. Dia
membetulkan cermin matanya.
“Oh, pelajar baru rupanya. Patutlah
tak pernah nampak. Katil di sebelah saya ini masih tiada orang. Silalah masuk
.” kata Umarul Hakim. Muiez Hakimi masih berdiri diluar.
“Baiklah, terima kasih,” Muiez
Hakimi mula melangkah masuk ke dalam menuju ke katil di sebelah Umarul Hakim.
“Hai Muiez! Salam Ukhuwah, saya
duduk diatas.” kepala Aliff Syairazi terjengul ke bawah. Muiez Hakimi tersenyum
melihat aksi rakan barunya itu . Aliff Syairazi memang dikenali sebagai seorang
yang peramah.Mukanya comel seperti budak sekolah rendah. Kecil sahaja orangnya
.
“Salam ukhuwah juga. Nama kamu
siapa?” tanya Muiez Hakimi sambil menghulurkan tangannya kepada Aliff Syairazi.
Mereka bersalaman.
“Saya Aliff Syairazi . Nama glamour
Syaira.... Eh, tak-tak. Gurau saja. Panggil saya Aliff .” katanya dengan
selamba. Muiez Hakimi tersenyum. Dia pergi kepada ahli dorm yang lain . Dia
bersalaman dan berkenalan dengan rakan-rakan barunya.
“Saya Umarul Hakim. Panggil Umar
lah.” Dia memperkenalkan dirinya.Badannya kurus dan tinggi sedikit berbanding
yang lain.
“Salam ukhuwahfillah juga Muiez.
Saya Rafiq Zharfan, ketua dorm Makrifah. Kalau ada apa-apa masalah di dalam
dorm ini jangan segan untuk beritahu saya ya.” Rafiq Zharfan melemparkan senyumannya. Kulit Rafiq Zharfan
agak putih dan dia juga memakai cermin mata.
“Nama saya Syazwan Aqeel , panggil
saja Wan atau Aqeel. Dekat dalam dorm ini sayalah yang paling rajin .” kata
Syazwan Aqeel dengan nada selambanya itu. Dia sedang menyusun barangnya didalam
loker . Muiez Hakimi tersenyum mendengarnya. Ahli yang lain sudah mula ketawa.
Mereka tahu sangat dengan perangai Syazwan Aqeel itu. Memang begitu orangnya.
“Ya lah tu Wan . Muiez tak ada
tanya pun siapa yang paling rajin . Tak payahlah nak cakap .Kami semua tahu.”
Rafiq Zharfan manambah. Syazwan Aqeel hanya mencebikkan mukanya kepada ketua
dormnya itu.
“Seronok berkenalan dengan kamu
semua. Harap kita semua dapat menjadi sahabat. Nanti tunjukkan saya selok belok
di sekolah ini ya. Besar juga sekolah ini,” tanya Muiez Hakimi . Dia sudah
duduk dikatilnya . Dia mula serasi dengan sikap rakan-rakan barunya itu.
“Ok Muiez, itu serahkan pada aku.
Nanti aku tunjukkan pada kau.” pantas Syazwan Aqeel berkata.
“Terima kasih Aqeel. Boleh tanya, dalam dorm
ni ada berapa orang?” tanya Muiez Hakimi.
“Dalam dorm ini cuma ada 5 orang.
Termasuk kau 6 orang lah,” kata Rafiq Zharfan . Yang lain mengangguk.
“Oh, siapa lagi seorang ?” tanya
Muiez Hakimi. Dia melihat ada kurang seorang.
“Irfan Zaqwan. Hah, itu pun
dia. Panjang umur, baru sahaja cakap.” Umarul Hakim menunjuk kearah pintu
masuk.
Irfan
Zaqwan melangkah
masuk. Dia membawa barang ditangan.Dia meletakkan barang itu diatas katilnya,
lalu ke luar dengan segera sambil melemparkan senyuman kepada ahli dorm yang
lain . Katilnya dihujung sekali bersebelahan dengan katil Muiez Hakimi.
“Irfan, tak boleh laju lagi ke
jalan tu . Nak ke mana ni? Kau tak perasan ke ada ahli baru dalam dorm kita
ini,” kata Umarul Hakim . Langkah Irfan Zaqwan terhenti di pintu. Dia menoleh ke
belakang.
“Eh, tak perasan pula aku. Aku nak
cepat ni.Ustaz Amir panggil aku sekarang. Asiff jiddan kawan-kawan. Hai, salam
ukhuwah . Saya Irfan Zaqwan. Lepas ini kita berkenalan ya. Pergi dulu.” Irfan Zaqwan
mempercepatkan langkahnya sambil melambai-lambai pada
rakan-rakannya .
“Sibuk memanjang si Irfan ni.”
Aliff Syairazi berkata. Semua hanya tersenyum.
*****
Suasana di kantin muslimat tenang
sahaja. Tidak ramai yang bercakap.Kalau ada pun cuma segelintir sahaja. Semua
sedang leka dengan makanan masing-masing. Kantin muslimin tidak jauh dari situ.
Hanya bersebelahan sahaja cuma dipisahkan dengan kedai koperasi sekolah. Di
sekolah itu sememangnya menjadi kebiasaan panggilan muslimin buat pelajar
lelaki, manakala panggilan muslimat buat pelajar perempuan. Sekolah itu akan
sentiasa menjaga pergaulan antara muslimin dan muslimat.
“Siapa nama pelajar baru dikelas
kita tadi ? Muiez apa?” kata Aisyah Zinnirah sambil membuka cermin matanya. Dia
memulakan perbualan dengan rakan-rakannya. Waktu itu mereka semua sedang makan
dikantin pada waktu rehat.
“Muiez Hakimi. Comelkan muka dia .
Liya ,sikit air tau. " Nusaibah Khaleelah mengambil air ditangan Alya
Raihanah.
“Pakai spect kan.” komen Amira
Haneesa pula. Rakan yang lain semua berminat bercakap soal itu kecuali seorang
sahabatnya.
“Smartlah.” tambah Alya Raihanah
pula.
“Hmm.. ya lah tu korang. Sudahlah.
Tak payah nak cakap pasal muslimin dekat sini. Makan cepat.Nanti lambat masuk
kelas.” Izzati Irdina menyedut airnya. Dia kurang berminat untuk berbual
tentang pelajar baru dikelasnya itu.
Selesai makan, semua muslimat duduk
semula ditempat masing-masing. Mereka membaca doa selepas makan bersama-sama
dengan diketuai oleh wakil pelajar. Selepas itu, Aisyah Zinnirah bersama rakan
sekelasnya bangun menuju ke kelas mereka, Kelas 3 Imtiyaz.
“Kawan-kawan, ana dengan Nusaibah
nak pergi jumpa Ustazah Asyiqin sekejap ya.” Izzati Irdina menarik lengan
Nusaibah Khaleelah.
“Ya, kami ada hal sikit,” tambah
Nusaibah Khaleelah.
“Baiklah, kalau macam tu kita orang
naik ke kelas dulu.” kata Alya Raihanah. Dia, Aisyah Zinnirah dan Amira Haneesa
berjalan menuju ke kelas.
*****
“Muiez , kenapa kau dengan keluarga
kau pindah sini?” tanya Syazwan Aqeel ingin mengetahui. Dia sedang makan
bersama Muiez Hakimi dan Rafiq Zharfan di taman yang ada disekolahnya itu.
“Hmm.. Ayah aku baru buka klinik
dia dekat sekitar tempat ini.” jawab Muiez Hakimi.
“Wah! Ayah kau doktor ke?” tanya Rafiq
Zharfan pula. Dia baru tahu. Muiez Hakimi mengangguk.
“Oh, macam mana pula kau boleh
masuk sekolah ni?” tanya Syazwan Aqeel lagi.
“Entahlah. Aku masuk sini pun sebab
kawan baik ayah aku yang suruh,sebab dia pun ada anak dekat sekolah ni. Ayah
aku cakap sekolah ni pun bagus. Aku ikut sajalah. Aku tak kisah sekolah
mana-mana pun.” Muiez Hakimi menceritakan serba sedikit.
“Oh,begitu. Kau ada kenal sesiapa
tak dekat sekolah ni?” tanya Rafiq Zharfan.
“Ada.” Muiez Hakimi mengangguk.
“Siapa?” tanya Syazwan Aqeel.
“Budak kelas kita jugak .” Muiez
Hakimi sengaja cakap begitu.
“Ya ke? Siapa ?” tanya Rafiq
Zharfan.
“Dina. Hmm.. nama dia Irdina
kot.Nama depan dia aku dah lupa la.
“Hah? Izzati Irdina ke?” mereka berdua tidak
percaya. Muiez Hakimi mengangguk.
“Ya.Izzati Irdina. Kau tau kan dia
asal Selangor. Aku dulu sama sekolah rendah dengan dia. Dia itu lah anak kawan
baik ayah aku yang aku cakap tadi. Ayah aku share klinik dengan ayah dia.” tambah
Muiez Hakimi. Izzati Irdina sememangnya berasal dari Selangor sama dengan Muiez
Hakimi.
“Oh, jadi kau dah kenal dialah.” kata
Syazwan Aqeel pula.
“Ya! Memang kenal sangat pun. Sekarang
ni kami tinggal berjiran. Rumah sebelah menyebelah saja. Muiez Hakimi bercerita
lagi. Mereka berdua leka mendengar. Rafiq dan Syazwan bagai tidak percaya.
“Tak sangka pula kau kenal dia.
Dalam banyak-banyak muslimat dalam kelas kita tu kan, aku paling respect ‘geng’
dia tu.” komen Rafiq Zharfan.
“Sebab ?” Muiez Hakimi inginkan
sebab.
“Betul jugak tu. Ok la. Tapikan
‘geng’ mereka tu macam anti-muslimin lah.” Syazwan Aqeel menjawab. Dia
mengerutkan dahinya.
“Hah? anti-muslimin?” Muiez Hakimi sudah
ketawa.
“Entahlah, aku pun tak faham dengan
mereka. Ok, sudahlah jom kita masuk kelas.” Syazwan Aqeel mengajak.
“Ok, dah lambat ni,” balas Rafiq
Zharfan sambil melihat jam ditangan mereka .
**********************************************
“Maafkan saya kak ,saya tak
perasan. Aasif jiddan.” Terketar-ketar suaranya meminta maaf kepada dua akhowat
tingkatan tiga itu. Dia turut menolong mengutip buku yang sudah bertaburan.
Nusaibah Khaleelah menjeling sekilas pelajar yang baru melanggarnya itu.
“Eh, tak apalah. Lain kali jangan
berlari di kawasan sekolah lagi ya.” pesan Izzati Irdina. Dia sedang mengutip
buku yang bertaburan bersama Nusaibah Khaleelah.
“Baiklah. Saya pergi dulu.” pelajar
lelaki tingkatan satu itu meminta diri. Izzati Irdina dan Nusaibah Khaleelah
masih leka mengasingkan buku itu. Sepatutnya ada dua bahagian.
“Eeeii, geramnya dekat budak tadi.
Tengok buku ni sudah bercampur.” Keluh Nusaibah Khaleelah.Buku masih banyak
bertaburan. Mereka mengasingkan buku itu dengan teliti.
“Eh! kenapa ni?” tanya Syazwan
Aqeel. Dia, Rafiq Zharfan dan Muiez Hakimi melihat banyak buku bertaburan
dilantai.
“ Tadi ada budak langgar,” pendek
saja Izzati Irdina menjawab. Dia dan Nusaibah Khaleelah semakin cepat mengutip.
Mereka ingin cepat pulang ke kelas.
“Nak kami tolong?” tanya Muiez
Hakimi. Rafiq Zharfan dan Syazwan Aqeel sudah mula mengutip tanpa disuruh.
“Tak payah. Kami sudah kutip
semuanya.” tegas Izzati Irdina menolak. Dia malas hendak bersemuka dengan Muiez
Hakimi. Kedua-dua muslimat itu sudah ingin melangkah pergi .
“Dina, masih kenal aku lagi tak?”
tanya Muiez Hakimi secara tiba-tiba. Rafiq dan Syazwan saling berpandangan.
Izzati Irdina menjeling sekilas Muiez Hakimi.
“Kenapa kau tanya?” tanya Izzati
Irdina kembali. Dia memalingkan mukanya daripada Muiez Hakimi. Semua yang ada
disitu hanya menjadi penonton.
“Ingatkan tak kenal tadi. Baiklah
ana pergi dulu.” kata Muiez Hakimi dengan bersahaja. Dia dan dua sahabatnya
berlalu pergi. Izzati Irdina hanya berdiam sahaja.
“Izzati, anti kenal Muiez ?” tanya
Nusaibah Khaleelah. Izzati Irdina hanya diam.
“Izzati Irdina binti Muhammad
Syarif ! Dengar tak ni ana tanya?” ulang Nusaibah Khaleelah. Izzati
menghentikan langkahnya. Dia menoleh kearah sahabatnya itu.
“Kenal sangat. Jiran ana.”jawabnya.
Kakinya mula melangkah.
“Macam mana boleh kenal? Jiran? Tak
cakap pun.” tanya dia lagi. Dia cuba untuk menyaingi langkah sahabatnya itu.
“Nantilah ana cerita dekat dorm .
Sudah, jom naik ke kelas,” kata Izzati Irdina.
“Ok lah. Tak pernah ana dengar
orang lain panggil anti dengan nama Dina.” balas Nusaibah Khaleelah.Mereka
berdua berjalan menuju ke kelas.
*********************************************
Pada petang itu, semua pelajar ada
program usrah. Mereka semua duduk berkelompok dalam kumpulan usrah masing-masing. Setiap kumpulan ada naqib dan naqibah
masing-masing. Usrah dijalankan cuma sekali dalam seminggu iaitu pada petang
hari jumaat.
“Assalamualaikum adik-adik.” naqibah
usrah itu memberi salam. Dia memandang semua ahli usrahnya. Ada beberapa
ahlinya yang baru duduk dalam bulatan kecil itu.
“Waalaikumsalam warahmatullah.”
Semua menjawab salam yang diberi. Naqibah itu melemparkan senyumannya.
“Alhamdulillah, minggu ini merupakan
minggu kelima kita mengadakan usrah. Ok,sudah banyak topik yang kita
bincangkan. Hari ini agak-agak kita nak bincangkan topik apa ya? Cuba teka? ” tanya
kak Haziqqah yang merupakan naqibah usrah itu. Semua hanya menjungkitkan tanda
tidak tahu.
“Cinta
!” kata Nusaibah Khaleelah.
“Puasa
!” kata Alya Raihanah.
“Solat
!” kata Amira Haneesa.Semua cuba meneka. Kak Haziqqah hanya menggeleng
mendengar setiap jawapan yang diberi.
“Iman
!” teka Aisyah Zinnirah.
“ Iman? Ok, iman selalunya dikaitkan dengan?” Tanya kak Haziqqah lagi.
“Hati !”serentak mereka semua menjawab.
“Pandai pun.” Kak Haziqqah mula
membuka buku catitannya. Dia memberikan penerangan terlebih dahulu tentang
hati. Semua mendengar dengan teliti.
“Hati kita seperti fizikal kita
juga, perlukan 3 perkara iaitu pemeliharaan agar ia selamat, makanan agar ia
hidup dan ubat agar ia terus sihat. Jika tidak dipelihara ia akan diterobos
oleh pelbagai gangguan ,bahaya dan bencana.” kak Haziqqah bercakap dari hati
untuk menyampaikan pengisian dalam usrahnya itu. Izzati dan Nusaibah tekun
mencatat apa yang disampaikan. Begitu juga Aisyah dan Amira. Alya menjelingnya
lalu mengeluarkan sebuah buku catitan.
”Akak, apa tanda rosaknya hati ?”
Tanya Izzati Irdina.
“Tanda
rosaknya hati ialah apabila seseorang itu tidak mampu mengenal mana yang hak
dan mana yang batil. Itu adalah azab yang paling besar sebenarnya. Azab Allah
tak datang dalam bentuk seksaan dan bala semata-mata tetapi ia juga datang
dalam bentuk hati kita yang tak dapat berhubung dengan Allah.” Kak Haziqqah
menarik nafaz seketika. Dia menyelak helaian buku catitannya.
“Ziqah,
boleh tak kalau Hanim nak tahu lebih lanjut tentang cara mendidik hati? Pasti
adik-adik kita yang lain juga mahu tahu.” tanya kak Hanim kepada sahabatnya
itu. Semua ahli usrah mengangguk. Kak Haziqqah tersenyum melihat semua ahli
usrahnya.
“Baiklah,
ada tiga jalan yang telah diringkaskan oleh sesetengah ulama’ untuk mendidik
hati agar kembali beriman. Pertamanya, peningkatan, keduanya, pencegahan dan
ketiganya rawatan.” Kak Haziqqah melihat mata sahabatnya kak Hanim yang tidak
berkedip-kedip. Dia meneruskan,
“Untuk
meningkatkan iman di hati, kita perlu banyak tadabbur kekuasaan Allah melalui
keindahan ciptaan alam , haiwan, manusia, dan apa saja yang diciptakan-Nya.”
kak Haziqqah meminta semua ahli usrahnya
memikirkan satu ciptaan Tuhan kemudian menjelaskan hikmah dan kebesaran Tuhan
di sebaliknya. Mereka patuh. Seorang demi seorang memberi pandangan.
(gambar hiasan)
Muiez
Hakimi dan rakan-rakannya sedang duduk di dalam bulatan. Mereka semua sedang
mengikuti program usrah. Semua leka mendengar apa yang disampaikan. Mereka
menumpukan perhatian mereka .Kali ini sesi usrah mereka diadakan di taman
sekolah.
“Seterusnya,kita perlu teliti dalam
ibadah kita . Ibadah kita jangan hanya menjadi sekadar rutin tetapi mestilah
dilakukan dengan penuh kesedaran bersama dua syarat iaitu ikhlas dan mengikuti
Rasulullah s.a.w.” Abang Nazwan mengajak ahli usrahnya memuhasabah ibadah
harian masing-masing. Dia bersyukur kerana semua ahli usrahnya tiada masalah
dengan amalan wajib cuma amalan sunat perlu ditingkatkan lagi.
“Jalan
pencegahan pula menuntut kita beristiqamah dengan ajaran Islam agar tercegahnya
hati dari dinodai. Biar kebaikan yang kita lakukan itu sedikit , asalkan
berterusan. Allah suka pada hambanya yang beristiqamah dalam beribadah.”
Lantang suara Abang Nazwan. Semua berasa seronok apabila berada dalam usrah
sebegini.
“Abang
Wan, macam mana kita nak terus beristiqamah? Ya lah, kadang-kadang terasa macam
susah sangat nak istiqamah tu.” tanya Syazwan Aqeel. Semua mengangguk setuju.
“Betul
tu bang, kalau ramai-ramai macam ni memanglah senang, tapi kalau dekat rumah bila
seorang diri, terasa payah nak buat.” tambah Rafiq Zharfan.
“Cara
nak istiqamah ialah dengan meletakkan cinta Allah lebih tinggi dari cinta
selain Allah. Apabila cinta-cinta lain ingin merebut cinta Allah,kita perlulah
memenangkan cinta Allah. Kita juga perlu mengagungkan setiap perintah Allah dan
menjauhi larangan-Nya. Maka kecintaan itu melahirkan istiqamah.” Abang Nazwan
memandang ahli usrahnya satu persatu. Dia diam sejenak. Dia memegang perutnya.
“Iqbal, yang terakhir kau terangkan
boleh? Aku nak pergi tandas sekejap. Rasanya lama ni aku dekat tandas. Sakit
perut lah.” Abang Nazwan membisikkan sesuatu ke telinga abang Iqbal. Semua ahli
melihat mereka berdua. Abang Iqbal hanya mengangguk. Buku nota abang Nazwan
bertukar tangan kepada abang Iqbal. Abang Nazwan bangun dari duduknya.
“Baiklah adik-adik, abang Nazwan tu
ada urusan sedikit dekat tandas, jadi kalau nak tunggu dia tu memang tak
sudahlah sesi usrah kita ni. Jadi sekarang abang yang akan sambung, boleh ?”
tanya abang Iqbal sambil tersenyum. Semua mengangguk.
(gambar hiasan)
“Jalan terakhir iaitu rawatan.
Rawatan ialah merawat hati yang telah rosak.Penyakit utama hati adalah
kelalaian atau ghoflah. Penyakit ini mempunyai
banyak simptom, antaranya bermalas-malasan, suka bersenang-lenang, sudah berasa
diri baik, tertipu dengan dunia dan sebagainya. Ubat mujarabnya ialah segera
bertaubat dan beristighfar serta redha dengan segala musibah yang menimpa.”
Abang Iqbal memberi penjelasan panjang lebar.
“Bila sebut bermalas-malasan,teringin
nak tanya,macam mana nak rajin dalam belajar?” Umarul Hakim bertanya kepada
ahli-ahli usrahnya.
“Muaz, kongsilah resepi belajar
dengan adik-adik usrah kita ni. Kau kan selalu cemerlang setiap kali
exam.”Abang Iqbal meminta sahabatnya berkongsi. Abang Muaz hanya tersenyum.
“Ok, senang saja, sejak abang
diperkenalkan tentang 3 perkara, abang semakin bersemangat belajar.” Abang Muaz
menjeling sekilas Abang Iqbal.
“Tiga perkara?” tanya Muiez Hakimi
ingin tahu.
“Dari mana kita datang? Untuk apa
kita hidup? Dan ke mana kita akan dikembalikan? Jawapan bagi persoalan itu itu
telah membentuk visi dan misi hidup.Matlamat kita belajar kena jelas kerana
Allah bukan sekadar memenuhi rutin hidup. Allah kekasih kita. InsyaAllah, apa
yang kita buat kerana Kekasih yang agung itu,kita akan rasa nak buat yang
terbaik.” Abang Muaz mendedahkan rahsia kecemerlangannya. Semua ahli usrah itu
tekun menyalin di buku catatan masing-masing. Masa berjalan begitu pantas.
Waktu satu jam yang diberi terasa seperti sekejap sahaja.Semua pelajar seronok
menjalani sesi tarbiah itu. Terasa tenang bila dapat duduk bersama-sama.
“Baiklah, rasanya sudah cukup satu
jam kita menjalani sesi usrah ni. Waktu asar pun dah nak masuk. Jadi semua
sudah boleh bergerak ke surau. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan
surah al-asr.” Abang Iqbal menutup buku notanya. Semua ahli usrah bersalaman
antara satu sama lain.
Telah 5 bulan berlalu. Masa begitu
pantas sekali berjalan. Mereka semua akan menghadapi peperiksaan beberapa
minggu sahaja lagi.
Pagi itu sesi pembelajaran pelajar
di kelas 3 Imtiyaz berjalan seperti biasa. Suasana di dalam kelas tidak akan
riuh sewaktu ketiadaan guru. Semuanya sibuk membaca dan mengulangkaji. Tahun
ini mereka akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hanya
tinggal dua minggu sahaja lagi mereka akan menghadapi peperiksaan itu. Jadi
semuanya serius dengan pelajaran masing-masing. Mereka semua tidak akan berbual
kosong didalam kelas. Hanya isu pelajaran sahaja yang akan kedengaran di dalam
kelas tidak kira muslimin atau muslimat.
“Alya, nak pinjam nota sejarah
boleh.Nak rujuk sekejap. Ana punya nota tertinggal dalam lokerlah.” Izzati
Irdina memusingkan badannya kebelakang. Alya Raihanah menghulurkan nota yang
diminta. Izzati Irdina duduk dihadapan sekali bersebelahan dengan Nusaibah
Khaleelah.
Ketua kelas mereka masuk, Umarul
Hakim , kemudian di belakangnya Irfan Zaqwan. Mereka berdua memberi salam lalu duduk
ditempat duduk mereka. Mereka berdua bercakap sesama sendiri. Kemudian Umarul
Hakim bangun, dia pergi ke hadapan. Ingin menyampaikan sesuatu. Semua mata mula
melihatnya.
“Assalamualaikum kawan-kawan ,
semua tolong beri tumpuan dihadapan sekejap. Ana mahu sampaikan sesuatu.” kata
Umarul Hakim sambil memerhati rakan-rakannya. Semua mula menghentikan kerja
masing-masing kecuali seorang. Mata ketua tingkatan itu melihat orang yang
duduk di sebelah Amira Haneesa.
“Aisyah, boleh berhenti sekejap
menulis. Ada perkara yang hendak ana beritahu ni” tegur Umarul Hakim. Dia
meninggikan sedikit suaranya. Suaranya memang perlahan sedikit. Kadang-kadang
tidak perasan bila dia bercakap. Amira Haneesa menyiku lengan Aisyah Zinnirah
yang masih tekun menulis.
“Ecah, pandang depan lah, KT nak
cakap tu.” bisiknya perlahan. Aisyah Zinnirah baru menyedari yang semua mata
yang ada di dalam kelas itu sedang memandangnya. Dia mula menghalakan
pandangannya kehadapan. Mukanya mula merah menahan malu.
“Baiklah, semua dengar baik-baik
ya. Esok kita akan ada teknik menjawab yang terakhir memandangkan tarikh
peperiksaan PMR sudah dekat. Jadi ,kali ini ana hendak memberitahu nama
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru kelas. Teknik menjawab kali
ini mengikut kumpulan. Maaf ya, kali ini muslimin dan muslimat terpaksa campur
dalam satu kumpulan kerana ini arahan daripada pengetua. Ana harap semua dapat
memberikan kerjasama.” jelas ketua tingkatan itu . Semua hanya mendengar, di
dalam hati masing-masing ada yang tidak setuju bila muslimin dan muslimat
bercampur. Tapi mereka terpaksa menurut sahaja arahan. Umarul Hakim menyebut
satu persatu nama . Semua mendengar nama mereka disebut dengan teliti.
“Seterusnya ,kumpulan yang terakhir
iaitu kumpulan 5, Syazwan Aqeel , Rafiq Zharfan, Muiez Hakimi, Nusaibah
Khaleelah, Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah.” Ketua tingkatan itu menyebut
nama kumpulan yang terakhir. Nusaibah Khaleelah mengeluh apabila mendengar
namanya disebut. Dia tidak menyangka dia akan sekumpulan dengan muslimin
dikelasnya itu.
“Zati, kenapa kali ini campur pula
ya ? Biasanya semua program yang diadakan akan berasingan. Tak suka lah
muslimin ada sekali.Sudah la ini teknik menjawab yang terakhir kita . Lepas itu
sudah exam.” Nusaibah Khaleelah merungut pada sahabatnya dengan nada berbisik,
takut kedengaran oleh pelajar yang lain.
“Entah la, yang penting kita
tumpukan perhatian kita pada teknik menjawab yang terakhir ini.” Izzati Irdina
menjungkitkan bahunya, lalu sambung menulis menyiapkan kerjanya. Dia tidak
berminat untuk melanjutkan perbualan itu. Nusaibah Khaleelah turut menyambung
kerja sekolahnya.
“Ana cadangkan kalau kita buat
begini sahaja. Simple, tapi isinya padat. Kamu semua macam mana? Okey tak ?” Muiez
Hakimi sebagai ketua kumpulan 5 memberikan pandangan.Yang lain mengangguk
setuju. Pihak muslimat juga begitu. Waktu itu aktiviti berkumpulan sedang
berjalan. Mereka membincangkan tajuk yang akan dibentangkan.Muiez Hakimi
menjeling sekilas Izzati Irdina yang lagi tadi seperti tidak puas hati
dengannya. Ingin sahaja dia bertanya apa yang tidak kena, tetapi memandangkan
dalam keadaan berkumpulan yang sebegitu. Dia hanya berdiam sahaja.
“Tapikan, ana rasa lebih baik kalau
kita mantapkan lagi isinya. Kita tambah sedikit , supaya yang lain lebih faham
apa yang kita present dekat depan nanti. Boleh terima pendapat ana?” Nusaibah
Khaleelah mencelah. Dia meminta persetujuan yang lain. Pihak muslimin
mengangguk. Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah juga bersetuju.
“Bagus juga. Biar ana tulis. “Syazwan
Aqeel menunjukkan two thumbs up kepada suara yang memberi cadangan itu. Dengan
pantas dia menulis pada kertas yang akan dibentangkan nanti. Semua sudah geli
hati dengan gaya Syazwan Aqeel yang lucu itu. Nusaibah Khaleelah cuba mengawal
riak wajahnya agar tidak tersenyum melihat gaya Syazwan Aqeel tadi kepadanya.
Tepukan gemuruh kedengaran daripada
semua pelajar. Ahli kumpulan 5 tersenyum bangga apabila kumpulan mereka
diumumkan sebagai kumpulan yang terbaik. Semua ahli kumpulan mereka memberikan
kerjasama sewaktu presentation.
“Alhamdulillah, terima kasih semua
atas kerjasama. Kita semua sudah lakukan yang terbaik. InsyaAllah, semoga kita
dapat praktikkan ilmu yang baru kita belajar tadi.” Semua tersenyum mendengar
kata Muiez Hakimi.
“Ameen,, InsyaAllah kita lakukan yang
terbaik untuk exam kali ni,” kata Rafiq Zharfan. Yang lain tersenyum dan
mengangguk. Hati mereka semua berdoa agar Allah memudahkan mereka menjawab.
Semua bersurai. Nusaibah Khaleelah, Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah bangun
terlebih dahulu daripada pihak muslimin. Mereka tidak ingin berlama-lama
disitu.
************************************************
“Mira,
anti sudah bersedia untuk exam kali ni. Ana nervous ni. Takutlah nak jawab exam
esok.” Alya Raihanah sedang mengemas beg sekolahnya. Esok merupakan hari
peperiksaan PMR yang sebenar. Mereka semua berdebar.
“Hmmm.. InsyaAllah, moga Allah mempermudahkan
kita menjawab. Kita kena ingat Allah selalu agar hati kita tenang bila menjawab
peperiksaan esok,” balas Amira Haneesa. Nusaibah Khaleelah dan Izzati Irdina
baru sahaja masuk ke dorm mereka, dorm Mujtahidah setelah selesai menunaikan
solat Isyak secara berjemah.
Nusaibah Khaleelah membaca sepotong
ayat yang telah dihafaznya. Dia mengalunkan dengan baik sekali ayat itu.
“Orang-orang yang beriman itu akan menjadi
tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenteram.”
“Surah Ar-Rad ayat 28 kan? ” tambah
Izzati Irdina. Nusaibah Khaleelah mengangguk. Mereka berdua telah menghafaz
surah itu.
“Wah, sedaplah Nusaibah,” puji
Aisyah Zinnirah yang ketika itu baru balik dari tandas.Dia sempat mendengar
ayat yang dibaca oleh sahabatnya itu.Nusaibah Khaleelah tersenyum hambar.
“Dah-dah. Jom duduk bawah ni
sekejap. Kita baca sama-sama surah Al-mulk sebelum tidur.” kata Izzati Irdina
yang sudah duduk di lantai. Nusaibah Khaleelah yang berada di katil bahagian atas
mula turun dari katilnya. Sahabat yang lain sudah mengambil quran tafsir
masing-masing. Setiap malam sebelum tidur semua pelajar akan melakukan liqo'
al-mulk di dorm masing-masing.
*******************************************
Hari ini bermulanya peperiksaan PMR
yang sebenar.
“Berdebarnya hati ni... Ya Allah
mudahkanlah aku dan rakan-rakanku menjawab.” bisik Amira Haneesa perlahan. Alya
Raihanah masih mendengar kata sahabatnya walaupun perlahan.Waktu itu mereka
berdua baru lepas bersahur. Hari ini mereka berpuasa sunat. Nusaibah, Izzati
dan Aisyah juga berpuasa sunat.Mereka berlima memang rapat. Jika seorang buat
sesuatu, pasti yang lain akan turut ikut. Jika seorang berpuasa sunat, pasti
yang lain turut begitu. Ukhuwah mereka benar-benar di bina berlandaskan iman.
“InsyaAllah, kita jangan putus
mengharap pada Allah. Berusaha sungguh-sungguh dan sentiasa berdoa,” pesan Alya
Raihanah. Dia merapatkan jaraknya dengan Amira Aneesa. Hati mereka tidak
henti-henti berdoa.Mereka berdua berjalan seiring menuju ke dorm mereka.
“Irfan,Umar, Rafiq, Aliff ,Aqeel, doakan aku
ya. Doakan kejayaan kita bersama,” pinta Muiez Hakimi. Semua mengangguk.
“Aku sentiasa doakan kejayan kita
semua sehingga ke hari yang bermakna ini,” luah Rafiq Zharfan.
“Aku pun sama doakan korang. Kita
semua ni kan macam adik beradik dah, cuma lain mak dan bapa saja,” kata Aliff
Syairazi. Sempat lagi dia berseloroh pada hari ini. Semua tergelak
mendengarnya.
“Orang beriman itu kan bersaudara.
Apa pun hari ini kita akan menghadapi peperiksaan.Buat yang terbaik ya untuk
PMR ni,” pesan Irfan Zaqwan. Mereka berenam sedang duduk bersama dikatil Muiez
Hakimi.
“InsyaAllah!” serentak mereka
berkata.
“Ok, jom turun . Hayya 'alan najah
!” Syazwan Aqeel bangun dengan bersemangat. Semuanya turut bangun.
Selesai membaca doa, semua pelajar
tingkatan 3 beratur dan mula melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Masing-masing berdebar. Saat ini, mereka berdoa agar Allah memberi ketenangan
sewaktu mereka menjawab. Semua pelajar menjawab dangan tenang. Suasana dewan
senyap sekali .
“Kawan-kawan, macam mana exam
Sejarah tadi? Boleh jawab tak?” tanya Irfan Zaqwan kepada rakan-rakannya.
Mereka baru sahaja keluar daripada dewan peperiksaan. Masuk hari ini sudah tiga
hari mereka melalui hari peperiksaan. Hanya tinggal beberapa kertas sahaja lagi
yang bakal dijawab.
“Alhamdulillah.. Hampir semua soalan
aku dapat jawab. InsyaAllah , target A ni, “ kata Syazwan Aqeel dengan yakin.
“Boleh la kot, Alaah.. Aqeel kan
power dalam sejarah, memang lah boleh jawab.Aku risaulah.”kata Umarul Hakim
dengan kurang yakin. Syazwan Aqeel memandang wajah sahabatnya itu.
“Haish, apa ni Umar, kita kenalah
yakin. Kau ni lemah je aku tengok. Mana Umarul Hakim yang selama ni kami kenal.
Selalunya kaulah yang selalu menaikkan semangat kami.” Syazwan Aqeel menepuk
perlahan belakang badan sahabatnya itu.
"Betul tu kata Aqeel . Umar…
kita semua sudah usaha dan buat yang terbaik kan, insyaAllah, pasti Allah akan
bantu kita semua. Kuatkan semangat."kata Muiez Hakimi.
"Betul, betul, betul.
"tambah Aliff Syairazi dengan nada Upin Ipin nya. Mereka semua hanya
tersenyum.
**********************************************
Memandangkan pelajar tingkatan 3 sudah habis
belajar, mereka disediakan dengan pelbagai program bagi mengisi masa terluang
mereka disekolah. Dua minggu lagi , pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan
khas untuk pelajar tingkatan 3. Semua pelajar akan melibatkan diri
masing-masing.
“Assalamulaikum semua.
Alhamdulillah, hari ini kita semua sudah berada di dalam hutan rekreasi ini
yang menjadi tempat untuk kita semua melakukan aktiviti perkhemahan. Saya harap
kamu semua dapat menjaga diri kamu ketika berada di dalam hutan ini dan saya
juga berharap kamu semua dapat menjaga ikhtilat sewaktu berada disini. Pastikan
bi'ah solehah disini juga terjaga seperti mana kamu semua berada disekolah.”
kata seorang guru yang berada di kem itu. Semua pelajar mendengar dengan teliti
apa yang disampaikan.
“Semua beratur ikut kelas sekarang
.Muslimin di sebelah kanan, muslimat disebelah kiri. Sila bergerak dengan
segera dalam keadaan yang senyap. Lepas ini saya akan membahagikan kamu dalam
kumpulan. Muslimin akan berkumpulan dengan muslimin, muslimat dengan muslimat.
Kamu tidak akan bercampur,” arah Abang Sayyidi yang merupakan fasilitator
disitu. Semua mula beratur. Fasilitator itu menyebut nama pelajar mengikut
kumpulan.
“Baiklah, semua nama saya telah
sebut. Semua bergerak ke kumpulan masing-masing sekarang. Jika ada nama yang
tidak disebut , sila maklumkan kepada saya sekarang.” jelas Abang Sayyidi lagi.
Semuanya telah bergerak mencari kumpulan masing-masing.
“Eh! Muiez,Aqeel, Rafiq, tak sangka
kita satu kumpulan.” kata Umarul Hakim dari jauh. Dia sedang menuju ke
kumpulannya itu.
“Alhamdulillah. Nampaknya semua
ahli kumpulan kita ini adalah ahli dorm Makrifah. Mungkin pembahagian ini
mengikut dorm,” kata Muiez Hakimi apabila dia melihat Aliff Syairazi dan Irfan
Zaqwan yang baru sampai.
“Wah, Bestnya satu kumpulan macam
ni !” kata Syazwan Aqeel. Semua ahli mereka tersenyum.
“Baiklah, kamu semua boleh keluar.
Ingat semuanya bergerak dalam kumpulan. Selepas ini kamu dikehendaki mendirikan
khemah masing-masing mengikut kumpulan,” arah fasilitator yang lain pula.
“Izzati, mana beg baju yang tadi ?”tanya
Nusaibah Khaleelah. Dia sekumpulan dengan ahli dormnya.
“Ada, dekat tepi tu. Tolong bawa
masuk beg ana sekali tau dalam khemah. Ana nak pergi cari Mira kejap, lagi tadi
ana tak nampak dia.” tangan Izzati Irdina menunjukkan kearah tepi pokok itu.Dia
mula bangun. Mereka semua baru sahaja selesai mendirikan khemah.
“Zati,beg anti ni berapa kilo hah?
Berat semacam.. Ok, jaga diri. Hati-hati dalam hutan ni,” pesan Nusaibah
Khaleelah, dia sedang mengangkat beg rakannya itu menuju ke khemah.
“Entah la. Lupa pula nak timbang
tadi. Ok, jangan risau.” balasnya sambil melangkah pergi.
Keesokan harinya, semua pelajar akan
ada aktiviti river croosing seperti yang telah dijadualkan. Semuanya tidak
sabar untuk melalui aktiviti yang mencabar itu.
“Cepatlah Aqeel, apa yang kau buat
lama-lama dekat dalam tu. Semua sudah mula berhimpun tu.Nanti kita lambat.” kata Rafiq Zharfan yang berada diluar
khemah.Dia segak memakai suit pakaian sukannya.
“Ye lah. Kau ni kan Rafiq. Aku
tengah kemas lah tadi. Bersepah sangat dekat dalam tu. Korang semua bangun
tidur tadi bukannya reti nak kemas. Apa nak jadi ni.” panjang Syazwan Aqeel
berleter. Rafiq Zharfan hanya mampu tersenyum. Antara ramai-ramai sahabatnya
itu ,Syazwan Aqeel lah yang paling pentingkan kebersihan. Kedua-dua sahabat itu
berjalan menuju ke tempat semua berhimpun.
“Baiklah, ketua kumpulan tolong
pastikan semua ahli sudah ada. Selepas ini kita akan bergerak ke tasik untuk
aktiviti river croosing. Ingat tolong jaga ikhtilat kamu semua. Pastikan bia'ah
solehah disini terjaga.” pesan Abang Shafiq yang juga merupakan salah seorang
fasilitator disitu. Dia adalah senior form 5, dia dikenali sebagai AJK BADAR di
sekolah. Mereka semua akan melakukan aktiviti tersebut di tempat yang sama.
Cuma kumpulan muslimin akan lakukan terlebih dahulu daripada kumpulan muslimat.
“Okey .Sekarang ni Abang Aakif akan
tunjukkan cara nak imbangi badan di dalam air.Badan kena menelentang macam ni.
Pegang tali kuat-kuat. Jangan sesekali lepaskannya walau apa keadaan sekalipun.
Ingat, tarik , tarik dan tarik. Jangan berhenti menarik nanti badan tenggelam.
Tarik , tarik dan tarik hingga ke seberang sana. Kaki sentiasa diangkat macam
ni.” kata Abang Aakif yang merupakan fasilitator kumpulan 3 iaitu kumpulan
Muiez Hakimi. Selesai mendengar penerangan, Rafiq Zharfan mula turun ke pinggir
tasik. Dia cuba menguji kedalaman tasik. Tiga kaki melangkah, air sudah mencecah
tengkuk. Semua menunjukkan wajah kerisauan.
“Fuhh!! Dalamnya.” kata Aliff
Syairazi apabila melihat rakannya itu.
“Tau tak apa. Ingat, kaki kamu
semua kena sentiasa angkat seperti yang abang tunjukkan tadi.” kata Abang
Aakif.
Umarul Hakim menawarkan dirinya
terlebih dahulu untuk menjadi orang yang pertama melakukan river croosing. Dia
memberanikan diri untuk mencuba. Semua kagum melihat keberanian yang
ditunjukkan .
“Umar, Umar, Umarul Hakim boleh,”jerit
ahli kumpulannya memberikan sokongan moral. Mulut Umarul Hakim terkumat kamit
berzikir. Umarul Hakim dengan yakin mula lakukan. Akhirnya dia berjaya sampai
ke seberang. Sekarang tiba giliran Syazwan Aqeel pula.
“InsyaAllah, saya akan mulakan
sekarang!” katanya kepada Abang Aakif. Syazwan Aqeel sudah bersedia. Hatinya
turut berzikir. Dengan mengumpul segenap kekuatan , rasa gugup dan gementar
dilawan. Kemahiran yang ditunjukkan oleh Abang Aakif cuba dipraktik dengan
penuh keyakinan. Syazwan Aqeel merebahkan badan ke air, dia bergantung pada seutas
tali untuk mengharung tasik yang dalam. Dia berjaya membuatnya dengan baik pada
permulaan.Muiez dan ahli kumpulannya bertepuk tangan. Namun, apabila tiba di
tengah tasik, tali dirasakan kurang stabil, makin kendur berbanding
tadi.Bergoyang-goyang.Rupa-rupanya ada rakan-rakannya dari kumpulan yang lain
kurang sabar lalu terburu-buru mengikut dari belakang.
Syazwan Aqeel tiba-tiba berhenti
menarik. Kakinya terlepas daripada tali ketika cuba menyesuaikan diri dengan
kekenduran tali yang rapat menyentuh air. Badannya mula tenggelam. Banyak air
tasik yang diminumnya. Ahli kumpulannya risau sekali.
“Aqeel, pautkan kaki pada tali.
Teruskan menarik. Jangan sesekali berhenti menarik. InsyaAllah, kau boleh
buat.” pekik Umarul Hakim. Dia sudah pun sampai di seberang tasik itu.
Dalam kekalutan ,akal Syazwan Aqeel
masih mampu memproses arahan Umarul Hakim. Kakinya diangkat perlahan. Tangannya
menyusuri tali walaupun dia tidak lagi merasa kekuatan untuk tiba ke seberang.
Terasa ingin dilepaskan sahaja tali itu.
“Aku tak boleh mengalah.
Bismillahitawakkaltu 'alallah.” Bisik hati Syazwan Aqeel. Dengan kekuatan baru
, Aqeel membuat satu persembahan river-croosing yang cantik. Semua lega melihat
rakannya itu selamat sampai ke seberang.
“Alhamdulillah,kita semua berjaya
lakukan. Aqeel, okey tak ? Banyak tak kau minum air tasik tadi?” kata Irfan
Zaqwan selepas semua ahli kumpulannya berjaya sampai ke seberang. Semua
tersenyum. Syazwan Aqeel seorang sahaja yang ada masalah ketika melakukan river
croosing.
“Aku okey je. Nasib baik tak kering
air tasik ni aku minum. Tapi yang pastinya kembung juga lah perut aku ni dengan
air. Hehe.” sempat lagi dia bergurau dengan sahabatnya itu. Terburai ketawa
ahli yang lain. Semua yang mendengar menggelenggkan kepala.
“Ya Allah, tak sabarnya nak masuk
hutan hijau ni. Dah lama tak masuk hutan macam ni kan” kata Muiez Hakimi kepada
rakan-rakannya dengan nada yang kuat sedikit. Semua mengangguk. Mereka
bersemangat untuk melalui hari ini. Hari ini mereka semua akan melakukan jungle
trekking. Mereka semua sedang berhimpun sambil menunggu fasilitator datang.
Aktiviti yang lasak ini sangat digemari oleh muslimin, tetapi tidak pula bagi
muslimat.
“Huhhh!!! kenapalah mesti ada
aktiviti macam ni. Tak suka la. Macam-macam ada dalam hutan ni.” komen Nusaibah
Khaleelah pula sambil membetulkan lipatan tudung labuhnya itu. Semua
mengangguk. Sepanjang disitu mereka memang hanya dibenarkan untuk memakai
tudung labuh, baju kurung dan baju T-shirt muslimah labuh sahaja.
“Tau tak apa. Nanti kotor lagi
tudung ni.Baju muslimah ana pula tinggal sehelai saja lagi. Esok kita lastkan
dekat sini?” tanya Aisyah Zinnirah. Semua mengangguk.
“Errr… Esok last? Yes! Sukanya.
Tapi esok aktiviti berkayak pula… Hmm..” keluh Amira Haneesa.
“Hmm… tak apa lah. Kita buat
sahaja. Ikhlaskan hati kerana Allah. Jangan ingat kita semua berpakaian
muslimah bertutup litup macam ini, kita tidak boleh lakukan aktiviti lasak
sebegitu. InsyaAllah, moga dengan pakaian kita ini, kita akan lebih terjaga dan
terhindar dari segala fitnah.” kata Izzati Irdina. Dia memandang sekilas
rakan-rakannya yang memakai tudung labuh dan T-shirt muslimah labuh dengan
berseluar longgar.
“Betul tu . Kita bertawakkal pada
Allah,” kata Alya Raihanah dengan semangat.
“InsyaAllah, muslimah kita boleh,” tambah
Amira Haneesa pula.
Masing-masing saling membakar
semangat. Itulah peranan sahabat.
Mereka melalui ujian jungle
trekking dengan bersemangat. Pelajar dilepaskan berselang seli antara kumpulan
muslimin dan muslimat.
“Satu per satu kumpulan akan
dilepaskan . Tiada fasilitator yang akan mengiringi. Kamu mesti mempunyai
semangat kerjasama berkumpulan yang tinggi .Suburkan semangat kerjasama dan
tolong menolong. Ikut trek yang disediakan dengan petunjuk arah .Sepanjang trek
itu nanti, ada banyak halangan. Jangan teruskan perjalanan selagi kamu tidak
melepasi setiap halangan . Kamu semua kena jujur. Allah sentiasa mengawasi
pergerakan kamu. Banyak juga mata-mata yang akan melihat pergerakan kamu.
Pastikan bi'ah solehah terjaga. Baiklah, saya mahukan kumpulan muslimin yang
ini jalan dahulu, kemudian kumpulan muslimat ini pula. Jangan risau jarak antara
kumpulan akan jauh sedikit.” tangan kanan Abang Sayyidi terlebih dahulu
menunjuk tepat ke arah Muiez Hakimi sekumpulan, dan tangan kirinya pula
menunjuk kearah kumpulan Izzati Irdina. Kumpulan muslimin telah dilepaskan
terlebih dahulu.Kumpulan muslimat menunggu beberapa minit sebelum dilepaskan.
“Halangan pertama, rentas sungai
dengan tali pokok. Kita semua kena jadi tarzan,” pekik Irfan Zaqwan kepada
rakan-rakannya.Dia dilantik sebagai ketua kumpulan.
“Kacang goreng saja!” sorak mereka.
Mereka lakukan dengan baik sekali.
“Wah, Aliff ada pengalaman jadi
tarzan lah! Hati-hati ya.” sakat Syazwan Aqeel pada sahabatnya yang takut pada
tempat tinggi itu. Tangan Aliff Syairazi sedikit menggeletar. Dia menjadi orang
terakhir melepasi halangan tersebut.
“Alamak, laju nya kumpulan muslimat
ni . Cepatlah gayut Aliff. Mereka sudah mahu sampai ke sini.” Rafiq Zharfan
melihat kumpulan muslimat yang dibelakangnya sudah menuju ke tempat itu.
“Allahuakbar! Gayatnya.” kata Aliff
Syairazi sambil menggenggam tali. Tangannya sedikit menggeletar namun cepat
disembunyikan . Perlahan sahaja pergerakannya. Akhirnya dia sampai juga.
Kumpulan muslimat sudah mula
bergayut. Waktu itu muslimin yang ada sudah bergerak cepat beredar dari situ.
“Dah, jom cepat. Kita tak nak dan tak
akan kalah dengan muslimat.” pekik Muiez Hakimi sambil berlari. Semuanya sudah
berlari dengan semangat.
“ Halangan yang ni aku suka,” naik
semangat Irfan Zaqwan apabila melihat kawad berduri di halangan kedua.
“Dan halangan yang ini aku paling
tak suka.Kena meniarapkan?” kata Aliff Syairazi. Dia mengeluh panjang. Semua
mengangguk. Memang mereka semua perlu meniarap untuk lepasi halangan itu.
“Rilex saja. Jadi askar sekejap.
Best jugak kali ni punya.” tambah Syazwan Aqeel pula sependapat dengan Irfan
Zaqwan.
“Redah saja lah. Kalau kita
muslimin sudah mengeluh, nanti muslimat lagi lah tak nak buat benda lasak macam
ni.” kata Muiez Hakimi . Semua mengangguk bersetuju.
“Dah cepat buat.Kita kena gerak
sekarang, kejap lagi tentu muslimat tiba. Segan mereka nak buat bila kita ada
disini.” tambah Umarul Hakim. Dia melakukan terlebih dahulu.Mereka merangkak
dengan baik. Pergerakan mereka tangkas sekali. Mereka bergerak menuju halangan
terakhir.
“Eh, Aqeel bangun, cepatlah.Dah nak
sampai ke halangan yang ketiga ni” Rafiq Zharfan menghentikan langkahnya. Dia
menoleh ke belakang. Syazwan Aqeel sedang bersandar pada pokok besar yang ada
disitu. Rakan yang lain turut berhenti.
“Kejap la Rafiq.. Jauh lagi nak sampai
ke halangan yang ketiga.” keluh Syazwan Aqeel. Mereka semua sudah letih
berjalan. Jarak antara halangan kedua dan ketiga memang jauh sedikit. Mereka
kena meredah hutan terlebih dahulu sebelum sampai ke halangan ketiga. Aliff dan
Umarul sudah saling bersandaran.
“Tau tak apa. Syadid sangat lah siapa
yang tetapkan jarak ni. Jauh lagi ni nak jalan, kalau silap sikit jalan, boleh
sesat ni. Dah lah hutan ni seram semacam. “ komen Aliff Syairazi. Yang lain
mengangguk. Mereka semua berhenti sekejap dalam beberapa minit.
“Dah bangun, jom sambung balik.
Nanti kena pintas dengan muslimat baru tau.” semua mula bangun mendengar kata
Irfan Zaqwan. Risau juga mereka jika muslimat mendahului mereka. Mereka kembali
bersemangat semula.
“Tolong! Tolong!”sayup kedengaran
suara orang menjerit.
“Eh, suara siapa pula tu? Macam
suara muslimat saja,” kata Syazwan Aqeel. Mereka semua mencari arah suara itu.
“Datang dari arah situ. Tapi
mungkin jauh sedikit jaraknya.”kata Umarul Hakim sambil menunjuk arah suara
itu. Semua mengangguk.
“Jom!” arah Aliff Syairazi. Mereka
semua mengikut jejak Umarul Hakim.
“Mana suara tadi ?” mereka semua
kebingungan untuk mencari apabila suara itu senyap seketika.
“Hah, itu lah. Muslimat rupanya.
Kenapa mereka ada disini. Sesat jalan ke?” kata Muiez Hakimi. Semua
menjungkitkan bahu.
“Kenapa dengan kamu semua ni?”tanya
Rafiq Zharfan mewakili semua rakannya. Mereka hendak tahu apa yang telah
berlaku.
“Kami sesat!”semua menjawab dengan
serentak.
“Patutlah.
Kamu semua memang sudah jauh masuk kedalam hutan ni.” tanya Umarul Hakim.
“Bukan ke sudah ada petunjuk arah
disetiap trek? Macam mana boleh sesat pula?” tanya Muiez Hakimi pula.
“Macam ni,tadi semasa kami sedang
berjalan, ada seekor ular melintasi kami. Kami semua cemas bila tengok ular
tu,lepas tu kami larilah sampai kami sendiri tidak tahu arah mana kami tuju.
Tapi masih lagi dalam kumpulan. Lepas itu...” terhenti cerita Nusaibah
Khaleelah.Dia baru perasan yang semua sedang memandang dan mendengar
ceritanya.Dia yang tadi berani untuk bersuara tiba-tiba terkelu lidahnya .Dia
melihat semua yang ada di sekelilingnya dan matanya sempat bertentangan dengan
seseorang.Sepi seketika. Izzati Irdina menyiku lengan sahabatnya itu.Yang lain
sudah berdehem-dehem.
“Ehem-ehem.. Jadi selepas itu apa?
Mana ularnya ?” tanya Syazwan Aqeel dengan nada serius. Dia cuba untuk
memecahkan kesunyian. Muslimat yang lain sudah malu hendak bercerita. Semuanya
memandang sesama sendiri. Muslimin hanya melihat.
“Lepas tu , kami terfikir yang kami
telah sesat, sebab lagi tadi kami tidak jumpa petunjuk arah selepas bertembung
dengan ular itu.Dan soal ular itu mana lah kami tahu ke mana.” akhirnya Izzati
Irdina bersuara mewakili sahabatnya. Semua masih mendengar.
“Mungkin ular itu masih ada di
sekitar ini kot.”tambah Alya Raihanah lagi. Dia cuba menambah cerita. Semua
muslimin memerhati sekeliling mereka. Muslimat hanya tenang sahaja kerana dia
tahu mereka sudah lari jauh dari ular itu.
“Ular itu ular apa? Besar tak
saiznya?” tanya Aliff Syairazi bersungguh-sungguh. Riak wajahnya sudah
menunjukkan yang dia takut dengan ular. Muslimin yang lain sudah tersenyum
mendengarnya. Muslimat yang lain cuba untuk menseriuskan muka daripada tersenyum.
“Entah la. Tak sempat nak tengok
betul-betul ular apa. Saiznya kira-kira besar batang pokok ini lah” kata Amira
Haneesa dengan selamba sambil menunjukkan saiz pokok sederhana kecil
disebelahnya itu. Aliff Syairazi menelan air liurnya. Muslimat yang ada sudah
tersenyum mendengar kata sahabatnya itu. Muslimin hanya tercengang sahaja.
“Sudah-sudah. Yang penting semuanya
selamat. Kamu semua ini hanya tersilap sikit sahaja jalan. Tapi tak apalah,
petunjuk arah ada dihadapan sana. Kamu semua jalan dahulu.Kami muslimin akan
berada di belakang,” kata Muiez Hakimi. Dia menunjuk kearah jalan yang mereka
lalui tadi. Muslimat kaku seketika.Tiada yang bersuara. Tiada yang bergerak.
Mereka saling berpandangan. Seolah-olah memaksudkan sesuatu.
“Baiklah, tapi boleh tak kalau
antum saja yang jalan dihadapan,” pinta Izzati Irdina.
“Tetapi, nanti kamu semua….” kata
Syazwan Aqeel.
“Arrijaalu qawwamuna 'alan nisa'.” tegas Nusaibah Khaleelah memotong bicara itu.
“Kami akan ikut dari belakang. Kami
tak selesa bila jalan muslimin ada dibelakang. Tak apa. Jangan risau, kami tahu
jaga diri masing-masing. Jalanlah dulu.” kata Aisyah Zinnirah mewakili
rakan-rakannya. Dia mempersilakan muslimin untuk jalan dahulu. Ikhtilat harus
dijaga. Muslimin menurut sahaja permintaan itu.
Mereka sudah tahu untuk menjaga
ikhtilat. Ikhtilat bermaksud pergaulan atau percampuran antara lelaki dan
perempuan. Mereka akan sentiasa menjaga batas pergaulan mereka tidak kira
mereka disekolah ataupun diluar kerana bagi mereka itu sudah menjadi tuntutan. Akhirnya
kedua-dua kumpulan itu berjaya sampai ke penamat.
Hari ini merupakan hari terakhir
mereka. Aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti berkayak. Semua pelajar
baru sahaja habis mendengar taklimat daripada fasilitator. Selepas ini mereka
akan mula berkayak.
“Ok,
saya harap kamu semua faham tentang apa yang jelaskan tadi. Ingat cara-cara
yang telah ditunjukkan tadi antaranya cara melawan
ombak, cara mengelakkan kayak terbalik dan cara berkayak berkumpulan. Dalam satu kayak hanya ada dua
orang. Semua akan berpasangan. Muslimin dibahagian belakang , muslimat
dibahagian hadapan. Setiap pasangan mestilah bekerjasama untuk mengendalikan
kayak masing-masing,” semua leka mendengar . Selepas itu mereka semua memakai
jaket keselamatan yang disediakan. Jurulatih disitu telah menentukan
pasangan-pasangan yang akan berkayak.
“Aisyah, anti naik dululah. Ana
akan pegang kayak ni.” kata Umarul Hakim. Mereka berpasangan. Aisyah Zinnirah
hanya menurut. Dia malu untuk bersuara dengan ketua tingkatannya itu.
“Anti pernah berkayak tak?” tanya
Umarul Hakim ingin mengetahui. Mereka berdua sudah berada didalam kayak, tetapi
mereka masih belum boleh bergerak lagi.
“Pernah.” Aisyah Zinnirah
mengangguk. Umarul Hakim tersenyum mendengar.
“Baguslah. Ana tak pernah lagi. Nanti
ajarlah serba sedikit.” balasnya tersipu-sipu. Dia meminta tunjuk ajar dari
rakan sekelasnya itu. Aisyah Zinnirah mengangguk.
“Baiklah.” pendek sahaja dia
menjawab. Dia tak sangka Umarul Hakim akan berpasangan dengannya.
“Aliff, kebelakangkan sedikit kayak,
macam mana ana nak naik dekat atas kayak tu kalau jarak jauh macam ni” keluh
Amira Haneesa. Dia bingung betul dengan perangai Aliff Syairazi.
“Oh, lupa pulak yang anti naik
sekali dengan ana. Sekejap ye,” Aliff Syairazi sudah berada di dalam kayak, dia
membelakangkan kayaknya. Dia sebenarnya malu dengan Amira Haneesa.
“Eh ! Alya, kenapa anti duduk
dibahagian belakang?” tanya Irfan Zaqwan. Sepatutnya dia yang berada
dibelakang. Dia sudah tersengih melihat pasangan kayaknya itu.
“Hah?! Ana lupalah yang ana kena
duduk dekat hadapan.” kata Alya Raihanah dengan selamba. Dia sendiri tidak
perasan yang dia salah duduk. Dia bangun untuk keluar dari kayak. Irfan Zaqwan
sudah mengambil alih tempat duduknya sebelum mula berkayak.
“Nusaibah, ana nak cakap ni.” tiba-tiba
Syazwan Aqeel bersuara.
“Apa dia?” tanya Nusaibah
Khaleelah. Mereka berdua sudah berada di dalam kayak.
“Ana tak pandai berkayak tau. Jadi,
nanti anti ajarlah ana serba sedikit,” kata Syazwan Aqeel.
“Hah? Takkan lansung tak pernah?”
Nusaibah Khaleelah bertanya lagi. Syazwan Aqeel menggeleng.
“Ok la. Lepas ni ana ajar lah.” Nusaibah
Khaleelah memandang sekilas wajah sahabatnya itu.Syazwan Aqeel hanya tersenyum.
Semua pelajar sudah berada didalam
kayak masing-masing. Mereka semua sudah mula mengayuh dayung yang ada di tangan.
“Dina, macam tak percaya kita sama
kayak.”perli Muiez Hakimi. Izzati Irdina hanya mencebik.
“Habis tu? Kenapa ?”tegas suara
Izzati Irdina. Dia tidak sangka akan berpasangan dengan Muiez Hakimi.Dia dan
Muiez Hakimi boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Jadi jika bertembung
, pasti ada sahaja yang tidak kena. Masing-masing mempunyai kebolehan
tersendiri. Jadi mereka sentiasa ingin melebihi antara satu sama lain.
Sepanjang mereka berkayak, mereka tidak pernah satu hati . Jika Muiez Hakimi
ingin ke arah kanan, pasti Izzati Irdina ingin ke arah kiri.
“Muiez, cepatlah kayuh dayung
kebelakang. Nanti kita bertembung dengan kayak dihadapan,” arah Izzati Irdina
apabila dia melihat ada kayak lain dihadapan yang akan bertembung dengannya.
Sejak tadi mereka berdua sama-sama bijak untuk mengendalikan kayak yang dinaiki
walaupun ada sedikit pertelingkahan. Tetapi sekarang, tiba-tiba ada kayak lain
yang akan bertembung dengan mereka.
“Ana tau lah. Anti lah ni tadi.
Sepatutnya kita pergi ke arah sana tadi. Sekarang ni nak patah balik pun
sudah tak boleh,” keluh Muiez Hakimi.
Dia yang dalam kekalutan tidak sempat untuk kebelakang. Izzati Irdina juga
begitu.
“Jangan nak salahkan ana saja. Anta
pun sama tadi. Sudah lah,nampaknya kayak ni boleh terbalik kalau kita terus
bergaduh macam ni, habis tu macam mana?” Izzati Irdina bertanya. Dia buntu
untuk berfikir.
“Entahlah. Tawakkal saja,” mudah
Muiez Hakimi menjawab. Dia juga akur. Kayak yang berada dihadapan mereka juga
tidak dapat dikawal. Akhirnya. Kedua-kedua kayak itu bertembung dan terbalik.
Bunyi percikan air yang kuat. Kayak
yang dinaiki oleh Muiez Hakimi dan Izzati Irdina bertembung dengan kayak yang
dinaiki oleh Syazwan Aqeel dan Nusaibah Khaleelah. Keempat-empat mereka sudah
terapung didalam air. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka
berempat sudah saling berpandangan. Izzati Irdina menjeling sekilas Muiez
Hakimi. Muiez hanya memandang lemah kearah Izzati.
“Dina, sampai bila kita nak
bermusuh macam ni ? Sudah lah. Ana minta maaf. Lupakan sajalah yang lepas. Ana
tau ana banyak buat salah dekat anti.” Muiez Hakimi sedar salahnya selama ini.
Dia meraup mukanya yang basah. Izzati Irdina hanya diam.
“Hmm.. Boleh percaya ke ni? Masuk
kali ni sudah dua kali anta cakap benda yang sama. Tapi, anta tetap buat
jugak.” Izzati Irdina masih ingat lagi dulu Muiez Hakimi pernah meminta maaf
kepadanya, tetapi Muiez tetap tidak berubah. Dia memandang tepat kearah Muiez
Hakimi.
“Tak apa lah. Ana sedar salah ana.”
Lemah suara Muiez.
“Ok lah. Ini yang terakhir ana
maafkan. Hmm.. yang pasal hari itu kira halal lah ye Muiez. Janganlah nak
ungkit-ungkit.” Izzati Irdina tersenyum.
“Ya lah ustazah Irdina. Sabar je
lah. Dari dulu asyik ana je yang kena mengalah dengan anti.” Muiez Hakimi
mengeluh. Izzati Irdina membuat muka tidak bersalah.
“Nusaibah, anti ok ke ? Aasif
jiddan. Ana yang salah. Sepatutnya tadi..” Syazwan Aqeel mengakui kesalahannya.
Dia terapung berdekatan dengan Nusaibah Khaleelah.
“Tak ape la. Kita dua-dua salah.” pantas
Nusaibah Khaleelah memotong bicara Syazwan Aqeel. Mukanya sudah pucat. Mungkin
kerana sejuk berendam di dalam air tasik itu. Dia sebenarnya geram dengan
tindakan Syazwan Aqeel semasa berkayak tadi. Mereka berdua tidak dapat mengawal
kayaknya dengan baik.
“Aqeel, macam mana kau kawal kayak
kau ni? Aku pun dah tak boleh nak elak daripada bertembung,” kata Muiez Hakimi kepada sahabatnya itu. Dia
sendiri terkejut apabila kayak yang dinaiki oleh Syazwan dan Nusaibah tiba-tiba
menuju ke arah kayaknya.
“Entah la Muiez, Aku bukannya
pandai sangat berkayak.” balas Syazwan Aqeel. Dia memandang sekilas wajah
Nusaibah Khaleelah. Waktu itu Nusaibah Khaleelah pun kebetulan turut
memandangnya. Pantas dia mengalihkan pandangannya daripada terus bertembung.
Dia kuatkan imannya agar tidak tewas. Muiez Hakimi perasan perlakuan Syazwan
Aqeel itu. Dia hanya tersenyum melihat telatah sahabatnya itu.
“Sekarang ni macam mana kita nak
naik atas kayak balik ?” tanya Muiez Hakimi. Mereka berempat berada
ditengah-tengah tasik. Semua sudah kebingungan. Pelajar-pelajar yang berada
diatas kayak melihat insiden itu. Ada yang risau, ada juga yang masih boleh tersenyum.
“Alya, macam mana tadi berkayak?
Dapat kayak dengan Irfan ye,” usik Amira Haneesa.Dia tahu yang rakannya
meminati Irfan dalam diam. Alya Raihanah hanya mencebikkan mukanya.
“Haish, mana ada. anti lagi lah
tadi berkayak dengan Aliff. Kelakar ana tengok perangai si Aliff tu. Dia macam
malu-malu je dengan anti,”Alya Raihanah membalas usikan rakannya. Semua yang
ada sudah ketawa.
“Kejap-kejap. Tadi siapa yang
berendam dalam air tasik?” tanya Aisyah Zinnirah. Dia cuba untuk mengenakan
Izzati dan Nusaibah yang lagi tadi hanya mentertawakan rakan-rakannya sahaja.
“Eei, geram betul dengan si Aqeel.
Entah macam mana ana boleh satu kayak dengan dia tu. Izzati sukalah dapat berkayak
dengan jiran dia tu.” usik Nusaibah Khaleelah. Semua sudah ketawa melihat riak muka
Izzati Irdina yang sudah berubah.
“Hmm… bila masa ana suka? Dari dulu
lagi ana memang tak suka perangai dia tu.” Izzati Irdina mengeluh.
“Izzati,baik apa Muiez tu.” Amira
Haneesa membela. Semua mengangguk.
“Aisyah berkayak dengan siapa?” Izzati Irdina
bertanya. Semua memandang Aisyah Zinnirah.
“Siapa lagi kalau bukan ketua
tingkatan kita,” kata Amira Haneesa memaksudkan Umarul Hakim.
“Sudah-sudah, pasal ni pun nak
jadikan isu. Cepat kemas , tak nak balik ke ?” Aisyah Zinnirah cuba berdalih. Semua
sudah tersenyum.
“Nak!” serentak mereka menjawab.
Telah dua minggu berlalu, mereka semua menjalani hari
persekolahan seperti biasa .Semua pelajar sibuk menghabiskan hafazan
masing-masing pada akhir tahun ini. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ditangan tidak
lekang dengan Al-quran. Semua sibuk menghafaz. Keputusan PMR bakal keluar
beberapa minggu sahaja lagi pada cuti persekolahan.
“Muiez, sudah habis kemas barang ? Abi aku sudah
sampai dekat bawah tu. Aku turun dulu ya. Kalau panjang umur, tahun depan kita
jumpa lagi.” kata Syazwan Aqeel. Mereka berdua bersalaman.
“Belum, barang aku ada lagi sikit yang belum
pack ni. InsyaAllah, nanti jumpa lagi. Jaga diri dan iman yer.” pesan Muiez
Hakimi kepada rakannya.
“Ok bos! InsyaAllah aku akan sedaya upaya menjaga
iman aku ni. Muiez, kau percayakan kalau dalam cuti sekolah ni macam-macam
boleh berlaku.” tiba-tiba Syazwan Aqeel berkata sebegitu.
“Memanglah. Cuti sekolahkan lama ,sebulan pulak
tu. Kenapa?” balasnya.
“Tak adalah. Saja cakap. Ok. Sorry lah, kalau
ada buat salah.” kata Syazwan Aqeel.
“Tak ada hal lah.Aku pun sama. Aasif jiddan.”
kata Muiez Hakimi. Syazwan Aqeel mengangguk.
“Selamat tinggal ya sahabatfillah.
Assalamualaikum.”Syazwan Aqeel melambai-lambai rakannya itu sambil melangkah
keluar.Muiez Hakimi menjawab salam itu, selepas itu dia menyambung mengemas
barangnya.
“Muiez!” tiba-tiba Syazwan Aqeel memanggilnya.
Muiez Hakimi memandang ke pintu dorm.
“Apa? Ada barang tertinggal ke?” Muiez Hakimi
meneka. Syazwan Aqeel menggeleng.
“Aku lupa nak cakap sesuatu. Aku takut kalau
lepas ni aku tak sempat nak cakap lagi.” kata Syazwan Aqeel.
“Apa dia?” Muiez Hakimi memandang wajah
sahabatnya itu. Dia mengerutkan dahinya.
“Uhibbukafillah jiddan jiddan!” katanya sambil
tersenyum.Dia mula melangkah pergi.
“Uhibbukafillah kaman,” balas Muiez Hakimi.
Mereka berdua saling berbalas senyuman.
Minggu ini semua pelajar pulang ke rumah
masing-masing. Cuti sekolah telah pun bermula.
*************
Syazwan Aqeel sedang membaca al-quran di biliknya. Dia baru
sahaja selesai menunaikan solat dhuha pada pagi itu. Puan Yusra ingin memasuki
bilik anak tunggalnya itu, terasa sejuk hatinya mendengar bacaan anaknya. Dia
mengetuk pintu sebelum masuk. Syazwan Aqeel memandang ibunya.
“Aqeel,tolong umi sekejap boleh?” tanya Puan Yusra.
Syazwan Aqeel menghabiskan bacaannya.
“Ya umi. Boleh, tolong apa?” Syazwan Aqeel
meletakkan quran tafsir diatas meja belajar.
“Tolong pergi kedai, belikan umi
minyak masak dengan bawang besar . Umi nak suruh abi kamu beli tapi abi lambat
lagi balik dari sekolah. Umi sudah hendak masak ni.” kata Puan Yusra sambil menghulurkan not RM10 kepada anaknya.
“Ok. tak apalah umi. Mungkin abi ada buat kelas
tambahan kot, tu yang lambat. Biar Aqeel yang pergi beli,” Syazwan Aqeel
memandang wajah ibunya.
“Hati-hati bawa motor tu,”pesan Puan Yusra
kepada anaknya.
“Ok bos!. Aqeel pergi dulu ye umi.” Syazwan
Aqeel menghidupkan enjin motor ayahnya itu.
“Terima kasih pakcik, saya balik dulu.
Assalamualaikum,”kata Syazwan Aqeel .
“Sama-sama. Waalaikumsalam.” balas Pak Ali, pemilik
kedai runcit itu. Syazwan Aqeel melangkah keluar dari kedai runcit itu. Kopiah
putih diatas kepalanya dibetulkan.
‘Dah lama tak jalan dekat sini.’ bisik hatinya
ketika melihat kawasan taman perumahannya. Dia leka memerhatikan kawasan itu.
Kelihatan banyak kawasan perumahan yang baru dibina. Syazwan Aqeel melihat ada
seekor anak kucing yang comel sedang berada di tengah jalan. Dia memberhentikan
motorsikal kepunyaan ayahnya ditepi jalan. Dia pergi ke tengah jalan untuk
mengambil kucing itu.
“Ya Allah, kesiannya anak kucing ini. Sakit ke?”
dia mengendong kucing itu.Syazwan Aqeel memang cukup suka dengan kucing. Dia
membelai kucing itu.
Tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju,
menuju kearah Syazwan Aqeel yang sedang leka dengan kucing itu. Dia mendengar
bunyi hon kereta yang cukup kuat.
Buuummmmmmmm!!! Kereta itu tidak dapat membrek,
dia melanggar kuat Syazwan Aqeel. Syazwan Aqeel tercampak. Darah banyak
mengalir keluar daripada kepalanya.
“Maaf, kami tidak dapat menyelamatkan nyawa anak
encik dan puan. Dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.”kata seorang
doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan.
“Ya Allah,Kau kuatkan hati kami untuk menghadapi
ujian yang Kau beri ini,” kata Ustaz Faris. Dia menenangkan isterinya yang sejak
tadi menangis. Dia baru sahaja tiba di hospital.
“Yusra, Allah lebih sayangkan anak kita,kita
kena redha,” Ustaz Faris berkata kepada isterinyaa. Dia turut sedih dengan
pemergian anak kesayangannya.
“Tapi bang, Aqeel seorang sahaja anak kita. Yusra
tak sanggup nak hidup tanpa dia,” dia masih menangis.
“Allah sudah tetapkan ajal anak kita sayang.
Yang hidup pasti akan merasai mati. Kita ni yang hidup kena terus kuat.” pesan
Ustaz Faris. Puan Yusra menangis dibahu suaminya.
‘Assalamualaikum
kawan-kawan. Aku harap korang dapat bertenang bila baca mesej ni. Aku nak
beritahu yang tengah hari tadi sahabat yang kita sayang Syazwan Aqeel bin Faris
Ikmal, telah meninggal dunia akibat kemalangan dengan kereta. Dia mengalami
kecederaan yang teruk dibahagian kepala. Allah lebih sayangkan dia. Kita kena
terima ketentuan Allah. Kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Jika
ada yang ingin melawat silakan, pengebumiannya pada pagi esok.’
Sender:
Aliff Syairazi
Muiez Hakimi melihat telefon bimbitnya. Dia membuka
pesanan ringkas yang baru diterima. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang
dia baca.Dia membaca berulang kali mesej itu. Dia terkejut dengan berita yang
baru sahaja diterima. Menitis air matanya secara tiba-tiba.
“Innalillahi wa innailahiraji'un.” Muiez Hakimi
memejamkan matanya. Dia cuba untuk menahan air matanya. Dia berasa sedih dengan
berita kematian itu. Muiez Hakimi bagaikan tidak dapat terima berita kematian
sahabatnya.Dia teringat akan hari terakhir mereka berjumpa.
“Muiez,
kau percayakan kalau dalam cuti sekolah ni macam-macam boleh berlaku.”
tiba-tiba Syazwan Aqeel berkata sebegitu.
“Memanglah.
Cuti sekolahkan lama ,sebulan pulak tu. Kenapa?” balasnya.
“Tak
adalah. Saja cakap. Ok. Sory yer kalau ada buat salah.” kata Syazwan Aqeel.
“Tak ade
hal lah.Aku pun sama. Aasif jiddan.” kata Muiez Hakimi. Syazwan Aqeel
mengangguk.
“Selamat
tinggal ye kawan. Assalamualaikum.”Syazwan Aqeel melambai-lambai rakannya itu.
Dia melangkah keluar.Muiez Hakimi menjawab salam itu, selepas itu dia
menyambung kerjanya.
“Muiez!”
tiba-tiba Syazwan Aqeel memanggilnya. Muiez Hakimi memandang ke pintu dorm.
“Apa?
Ada barang tertinggal ke?” Muiez Hakimi meneka. Syazwan Aqeel menggeleng.
“Aku
lupa nak cakap sesuatu. Aku takut kalau lepas ni aku tak sempat nak cakap.” kata
Syazwan Aqeel.
“Apa
dia?” Muiez Hakimi memandang wajah sahabatnya itu. Dia mengerutkan dahinya.
“Uhibbukafillah
jiddan jiddan.” katanya sambil tersenyum.Dia mula melangkah pergi.
“Uhibbukafillah
kaman,” balas Muiez Hakimi. Mereka berdua saling berbalas senyuman.
"Ya Allah, beratnya ujian yang kau beri
ini. Aku amat sayangkan Aqeel. Kau
tabahkan hatiku untuk menerima kematiannya, aku yakin suatu hari nanti aku juga
akan merasai kematian itu."bisik hatinya. Air matanya menitis. Dia
membiarkan sahaja air mata itu mengalir dipipinya.
“InsyaAllah Aqeel, kita berjumpa lagi di syurga.
Aku akan sentiasa doakan kau. Semoga kau tenang di alam sana,”Muiez Hakimi
terus menelangkupkan tangannya ke muka. Dia cuba untuk menahan air matanya
daripada terus tumpah.Dia tahu rakan-rakannya yang lain juga sedih dengan kematian
Syazwan Aqeel.
“Aqeel, kau sudah pergi dulu daripada kami.” bisik
Rafiq Zharfan. Dia lagi tadi tidak henti menangis selepas mendapat tahu berita
itu. Air matanya bagaikan tidak dapat diseka. Hatinya cukup sedih dengan
pemergian sahabatnya itu. Berita kematian Syazwan Aqeel bagaikan mimpi ngeri
yang dia alami. Dia tidak dapat terima itu sebagai kenyataan. Hatinya tidak
tenang.Dia mengambil air wudhuk untuk membaca Al-quran. Dia mendoakan
sahabatnya itu.
Umarul Hakim bersama Aliff Syairazi datang
melawat sahabatnya pada malam itu. Rumah mereka berdua memang dekat dengan
rumah Syazwan Aqeel. Muka Umarul Hakim sudah sembab. Sewaktu dia sedang membaca
yasin disisi sahabatnya itu, air matanya sentiasa mengalir tidak henti-henti. Hatinya
sayu apabila memandang wajah arwah sahabatnya itu.
‘Aqeel, betul ke kau yang ada di hadapan aku ni.’
bisik hati Aliff Syairazi. Dia dan Umarul Hakim duduk betul-betul di sebelah arwah
yang sudah kaku itu. Dia memandang sayu wajah sahabatnya yang sudah pucat itu. Terdapat
kesan jahitan dibahagian kepalanya.Tenang sekali wajah Aqeel. Aliff Syairazi
menitiskan air matanya. Dia menundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup untuk
kehilangan Aqeel. Aliff Syairazi melihat Puan Yusra, ibu arwah Aqeel masih lagi
menangis. Encik Faris pula kelihatan tenang, walaupun mukanya nampak sembab.
Aliff tahu Syazwan Aqeel merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Pasti ibu
bapa arwah sedih kehilangan satu-satunya anak mereka.
Irfan Zaqwan menghabiskan sisa malamnya dengan
munajat. Doa buat Aqeel tidak putus-putus dipanjatkan.Dia cuba untuk menguatkan
hatinya. Dia pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan yang sahabatnya itu
sudah tiada di alam yang nyata. Tetapi dia tahu ini sudah ketentuan Illahi, dia
harus menerimanya.
‘Assalamualaikum
Nusaibah, ana nak beritahu ni. Petang tadi Muiez ada bagi mesej pada ana. Dia beritahu
yang sahabat kita, Syazwan Aqeel telah meninggal dunia pada tengah hari tadi.
Dia kemalangan dengan kereta. Kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah yer.
Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang soleh. InsyaAllah.’
Sender:Izzati
Irdina
Nusaibah Khaleelah menitiskan air matanya
selepas membaca mesej itu. Luluh hatinya. Dia tidak menyangka sahabatnya itu
telah pergi dulu sebelum dia. Dia cuba untuk menerima ketetapan itu. Baru
seminggu cuti persekolahan bermula, sudah ada perkara buruk yang berlaku. Dia
yakin semua itu adalah ketentuan Allah. Dia sebagai makhluk perlu menerima
ketetapan itu. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Air mata yang mengalir
pantas diseka.Nusaibah Khaleelah mendoakan sahabatnya.
***********************************************
Setelah seminggu berlalu , tibalah hari pengumuman
keputusan PMR. Semua pelajar berdebar-debar datang ke sekolah. Sekolah itu
telah mencatatkan seramai 30 orang mendapat 9A, 16 orang mendapat 8A dan 20
orang mendapat 7A. Manakala, 34 orang lagi mendapat bawah 6A. Keputusan sekolah
pada tahun ini meningkat lebih baik daripada tahun yang lepas.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seperti yang kamu semua tahu, hari ini adalah hari pengumuman keputusan PMR.
Sebelum saya mengumumkan nama pelajar yang mendapat 9A, saya ingin memberitahu
terlebih dahulu bahawa pelajar sekolah ini, Syazwan Aqeel bin Muhd Faris telah
kembali ke rahmatullah pada minggu lepas. Arwah merupakan salah seorang
daripada pelajar yang mendapat 9A. Jadi, marilah kita sama-sama sedekahkan
bacaan al-fatihah untuk arwah.” kata Ustaz Amir. Semua pelajar sudah menadah
tangan. Masing-masing membaca al-fatihah untuk disedekahkan buat sahabatnya
yang sudah tiada itu. Muiez Hakimi menundukkan wajahnya. Air matanya sudah mula
bergenang. Rakannya yang lain juga sudah menitiskan air mata. Semua sedih
dengan kematian Syazwan Aqeel.
“Tahniah Aliff, Irfan, Rafiq, Muiez,dan Umar.Pihak
sekolah amat bangga dengan kejayaan kamu semua.” kata Ustaz Amir yang merupakan
guru kelas mereka. Dia bangga kerana ramai anak muridnya mendapat keputusan
yang cemerlang. Mereka semua tersenyum hambar mendengar pujian guru kelas itu.
Bagi mereka tidak bermakna kejayaan itu,jika salah seorang daripada mereka
sudah tiada. Walaupun mereka adalah antara pelajar yang mendapat 9A, mereka tetap
tidak gembira. Muiez Hakimi dan rakan-rakannya yang lain bagaikan tidak merasai
kejayaan yang telah mereka semua raih. Mereka semua bagaikan tertunggu-tunggu
kedatangan Syazwan Aqeel disisi mereka.
Tiba-tiba Muiez Hakimi membuka telefon
bimbitnya. Dia memainkan lagu nyanyian Hijjaz yang bertajuk Kau Sahabat Kau
Teman. Semua hanya senyap. Mereka mendengar dan menghayati lagu itu.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kupasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai doa juga fatihah terusku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Selepas
habis lagu itu dimainkan, mereka semua tunduk. Terasa terpukul dengan lirik
lagu itu. Air mata masing-masing sudah bergenang.
“Aku
rindu sangat dekat Aqeel. Aku nak sangat jumpa dia.” Luah Muiez Hakimi. Dia
cuba untuk menahan air matanya daripada tumpah. Sahabatnya yang lain sudah
menunduk apabila mendengar luahan Muiez Hakimi . Mereka semua rindu akan
Syazwan Aqeel. Masing-masing melayan perasaan mereka. Setitis demi setitis air
mata mereka mengalir.
Semua pelajar tingkatan 3 di sekolah itu sedang
sibuk berbual tentang keputusan PMR yang baru sahaja keluar sebentar tadi.
Masing-masing gembira dengan kejayan yang telah diperoleh. Hanya mereka berlima
sahaja yang tidak menyebut tentang keputusan mereka. Mereka semua tahu yang
mereka semua telah mendapat 9A, tetapi mereka semua tidak gembira dengan
kejayaan itu. Hanya satu sahaja yang bermain dalam fikiran mereka, semua sedang
teringatkan Syazwan Aqeel.
“Baru seminggu lepas kita cuti sekolahkan, macam
tak percaya saja yang Aqeel sudah tak ada, rasa macam baru semalam kita jumpa
dia.” Rafiq Zharfan terasa rindu akan sahabatnya.
“Selalunya
Aqeel yang buat kita ketawa. Aku rindu sangat nak dengar suara dia.” Aliff
Syairazi menunduk. Dia adalah sahabat yang paling rapat dengan Syazwan Aqeel.
Mereka berdua berkawan sejak kecil. Air mata masing-masing sudah tidak dapat
diseka. Makin diseka, makin deras air mata itu mengalir.
“Kawan-kawan, tak baik cakap macam tu. Biarlah
Aqeel tenang di sana. Allah lebih sayangkan dia. Ingat, semua yang hidup pasti
akan merasai mati. Kita kena redha dengan pemergian dia. Kita kena terima
hakikat ini. Esok lusa kita akan pergi juga menghadap Illahi.” Umarul Hakim
cuba menenangkan sahabat-sahabatnya. Dia juga cuba untuk menahan air matanya
daripada mengalir lagi.
“Aqeel !” Rafiq Zharfan menyebut nama sahabatnya
itu. Dia menelangkupkan tangannya ke muka. Dia cuba untuk menahan air matanya
daripada tumpah lagi.
“Kenapa kita susah nak terima hakikat yang Aqeel
sudah tiada?” tanya Aliff Syairazi. Semua cuba untuk menjawab pertanyaan itu.
“Sebab hakikat ini datang secara tiba-tiba.
Tanpa kita duga. Allah nak uji kita, sama ada kita kuat atau tidak untuk hadapi
ujian ni. Allah sudah rancang semua ini. Kita kena belajar untuk terima yang
Aqeel sudah tiada.”Muiez Hakimi yang sejak tadi cuma berdiam akhirnya bersuara menjawab
pertanyaan itu. Dia sendiri susah untuk menerima ketiadaan Aqeel, tetapi dia
cuba untuk belajar menerima.
“InsyaAllah, semoga dia ditempatkan bersama
orang-orang yang soleh. Janganlah sedih kawan-kawan. Aqeel mesti tak suka tengok
kawan-kawan dia menangis.” Usik Irfan Zaqwan. Dia masih menyeka air matanya
yang masih tumpah.
“Kau cakap orang, kau pun masih nangis.” Muiez
Hakimi membalas usikan itu. Semua yang ada sudah ketawa. Mereka ketawa dalam
tangisan.
“Sudahlah. Korang perasan tak , yang lagi tadi
semua yang lalu dekat sini tengok kita.” Aliff Syairazi sudah dapat meredakan
air matanya. Semua mengangguk. Mereka duduk di taman sekolah mereka itu. Tempat
itu memang menjadi laluan untuk pergi kekantin sekolah.
“Betul tu. Sudahlah ada muslimat lalu tadi. Kita
pula selamba saja nangis.” Rafiq Zharfan membenarkan kata-kata Aliff Syairazi.
“So? Ada aku kisah? Biarlah dia orang tengok
tayangan air mata muslimin yang susah nak nampak ni.” selamba Muiez Hakimi
berkata. Semua sudah ketawa. Rafiq Zharfan menyiku lengan Muiez Hakimi.
“Woi, Ingat free show ke hah? Kau ni kan Muiez,
sabar saja la,” Aliff Syairazi menjeling tajam Muiez Hakimi. Semua sudah
tergelak-gelak. Mata mereka semua nampak sembab.
“Banyaklah kau punya tayangan. ” Umarul Hakim
menunjukkan penumbuknya kepada Muiez Hakimi. Terburai ketawa Muiez Hakimi.
“Muiez, bila kau nak berhenti menangis? Kita
orang semua sudah ok dah. Kau ni gelak-gelak pun boleh mengalirkan air mata
yer.” Irfan Zaqwan pelik dengan Muiez Hakimi. Semua memandang Muiez Hakimi.
“Entahlah. Aku memang macam ni, kalau tengah
ketawa pun air mata aku boleh keluar. Susahlah nak hentikan.” Muiez Hakimi cuba
untuk menyeka air matanya.
“Kau ni kan Muiez, aku panggil muslimat baru tau.”
usik Aliff Syairazi.
“Berani ke?” Muiez Hakimi bertanya. Rafiq
Zharfan baru sahaja ingin membuka mulut.
“Tak
payah. Aku sudah ok.” pantas dia memotong bicara Rafiq Zharfan. Semua sudah
ketawa melihat reaksi Muiez Hakimi.
“Aku sudah tau siapa.” Aliff Syairazi memandang
Muiez Hakimi.
“Sudahlah
korang. Walaupun Aqeel sudah tak ada bersama kita , kita akan sentiasa ingat
pada dia.Betul tak?” Tanya Muiez Hakimi kepada sahabat-sahabatnya. Semua
mengangguk.
“InsyaAllah!”
semua menjawab. Mereka semua cuba untuk membiasakan diri dengan ketiadaan
Aqeel, kadang-kadang ada yang masih tersebut nama Aqeel. Seolah-olah mereka
lupa yang Aqeel telah tiada di alam nyata.
“Ya Allah,macam tak percaya saja boleh dapat 9A.”
kata Amira Haneesa. Dia sungguh tidak percaya dengan keputusan yang
diperolehnya. Keputusan percubaannya sebelum ini hanya beberapa A sahaja.
“Betul tu, keputusan percubaan ana yang sebelum
ni tak dapat penuh pun, tapi kali ni boleh dapat penuh pula. Syukur,
Alhamdulillah.” kata Alya Raihanah pula.
“Ini adalah berkat usaha kita semua. Tengoklah,
kita semua sudah berjaya mendapat 9A, kerana kita semua selalu yakin yang Allah
sentiasa ada bersama untuk membantu kita.” kata Izzati Irdina. Semua
mengangguk setuju.
“Lepas ni kita semua kena buat sujud syukur ,
sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi kita kejayaan
ini.” kata Aisyah Zinnirah mengajak sahabatnya.
“Baiklah,lepas ni kita pergi sama-sama.” kata Nusaibah
Khaleelah. Kesemua mereka mendapat 9A. Mereka semua gembira sekali dengan
kejayaan yang diperoleh.
“Dan nanti kita jangan lupa untuk doakan sahabat
kita yang sudah tiada ya.” Izzati Irdina berpesan. Dia memaksudkan Syazwan
Aqeel. Dia perasan tadi Muiez Hakimi dan sahabat-sahabatnya sedih walaupun
mereka sudah mendapat 9A. Semua mengangguk.
Mereka semua sudah memohon sekolah-sekolah berasrama penuh.
Kebanyakan daripada mereka mendapat sekolah yang mereka mohon. Ada yang
berpindah, ada yang tidak.
***************************************************
“Aisyah, anti pindah mana nanti?”tanya Izzati
Irdina. Dia dan Nusaibah akan berpindah ke salah satu sekolah berasrama penuh
yang berada di Selangor.
“Ana , Alya, dan Amira mungkin akan sama sekolah
nanti.” katanya. Mereka bertiga mendapat tawaran dari sekolah sekolah berasrama
penuh yang pernah dimohon itu.Kelima-lima sahabat itu akan berpindah sekolah.
“Alhamdulillah, ana gembira sangat dengan
kejayaan kawan-kawan ana. Tapi ,nanti kita semua tak sama sekolah. Ana hanya
dengan Izzati , anti pula bertiga nanti.” keluh Nusaibah Khaleelah.
“Ini semua sudah ketentuan Illahi. Kita bertemu
dan berpisah kerana Allah. Ana sedih lah nak berpisah. Nanti tak dapat nak
study sama-sama macam dulu lagi .” kata Alya Raihanah pula.
“Betul tu, ana pun tak sangka yang ana pindah
juga. Ingatkan nak stay sini saja.” luah Amira Haneesa. Semua mengangguk.
Mereka akan berpecah.
“Tak apa lah. Kita belajar dekat mana-mana pun
sama, yang penting kita niatkan apa yang kita belajar kerana untuk menuntut
ilmu Allah. Jangan berputus asa ye kawan-kawan. Jika kita jatuh, kita kena
bangkit semula. Perjalanan kita masih jauh.” pesan Izzati Irdina kepada
sahabat-sahabatnya.
“Ohh, perjalanan kita masih jauh.. Jalanan
berliku akan kita tempuh…” Nusaibah Khaleelah sempat lagi menyanyikan sebuah
lagu yang sudah dihafalnya. Mereka semua tersenyum mendengar bait-bait kata
lagu itu. Ada butir-butir jernih yang gugur daripada kelopak mata mereka.
“Uhibbukunnafillah jiddan jiddan,”Aisyah
Zinnirah mengucapkan kata itu.
‘Saya sangat sayang pada kamu semua kerana
Allah.’ Mereka rasa terhibur dengan maksud ungkapan tersebut. Mereka semua
berpelukan. Masing-masing rasa sebak untuk berpisah.
****************************************************
“Rafiq, lepas ni kau nak pindah juga ke? Tak nak
stay kat sini sampai SPM ?” tanya Irfan Zaqwan. Rakan-rakannya yang ada semua
sudah memandang Rafiq Zharfan. Mereka semua sudah tahu jawapannya.
“Hmm... Aku sudah dapat tawaran dari SBP yang
aku mohon tu. Kalau aku tolak tawaran tu sekali pun, ibu dengan ayah aku tetap
akan berpindah. Mula-mula aku sudah terfikir nak stay dekat sini saja, tapi aku
terpaksa ikut keputusan ibu bapa aku.” balasnya. Dia sedih untuk meninggalkan
sahabat-sahabatnya. Dia akan masuk ke sekolah berasrama penuh.
“Janganlah tinggalkan kami, kami sudah anggap
kau macam abang kami , sebab kau yang selalu tegur kami bila kami buat salah.”
sayu sahaja Aliff Syairazi berkata. Semua mengangguk. Rafiq Zharfan seorang
sahabat yang baik. Dia selalu memberikan nasihat kepada rakan-rakannya. Jika
ada rakannya yang berselisih faham, pasti dia akan cari jalan untuk mendamaikan
mereka semua.
“Tak apa lah. Aku akan sentiasa ingat pada
korang. Kita semua bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Doakan aku selalu
ya.” pesan Rafiq Zharfan. Semua mengangguk. Mereka akan merasai kehilangan
seorang lagi sahabatnya, selepas Syazwan Aqeel.
“Lepas ini kita hanya tinggal berempat sahaja.
Rafiq akan tinggalkan kita, dia pergi ke
sekolah lain. Aqeel pula telah pergi
tinggalkan kita untuk selama-lamanya. InsyaAllah, kami akan sentiasa ingat pada
kau dan arwah Aqeel.” kata Umarul Hakim. Semua sudah sedih akan pemergian
seorang lagi sahabatnya itu.
“Rafiq,kita orang semua memang sedih bila kau
nak pindah. Sebelum ini kita semua kehilangan Aqeel, sekarang kami semua akan kehilangan
kau pula. Tapi kita semua kena ingat, ini adalah ketetapan yang Allah buat
untuk kita semua. Kita kena terima ini semua. Anggaplah persahabatan kita
berenam dari mula kita berkenalan hingga ke akhir ini sebagai anugerah terindah
yang pernah kita lalui. InsyaAllah,walau dimanapun kita berada, kita akan
sentiasa ingat-mengingati.” Muiez Hakimi cuba untuk meredakan kesedihan
rakan-rakannya dengan kata-kata itu.
“InsyaAllah, semoga ukhuwah yang kita bina
selama ini mendapat keredhaanNya. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
Semoga ikatan ukhuwah kita yang terjalin akan terus kekal selama-lamanya,” kata
Aliff Syairazi.
“Aku sayang kamu semua hanya kerana Allah,” ucap
Rafiq Zharfan. Semua tersenyum mendengar kata itu.
“Uhibbukumfillah,” luah Umarul Hakim
“Uhibbukumfillah jiddan jiddan,” tambah Muiez
Hakimi pula. Mereka semua berpelukan.
Sebelum berpisah mereka semua bersalaman.
Masing-masing meminta maaf antara satu sama lain. Ukhuwah mereka benar-benar
dibina atas paksi keimanan. Semuanya dilakukan berlandaskan iman.
Maka berakhirlah pertemuan mereka pada tahun
ini. InsyaAllah, jika mereka diizinkan oleh Allah untuk bertemu kembali, pasti
mereka akan dipertemukan semula.
TAMAT