Selasa, 30 Oktober 2012

CERPEN


Tajuk :Kemanisan Ukhuwah Fillah
Penulis: Nurul Izzati Abd Rahman (kawan yg disanjungi)


Kemanisan Ukhuwah Fillah


Hari ini semua pelajar kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan yang baru. Pada petang itu asrama putera (ASPURA) dan asrama puteri (ASPURI) riuh dengan suara-suara pelajar .

“Assalamualaikum,” kedengaran suara seorang pelajar lelaki memberi salam. Suasana dorm Makrifah yang riuh tadi senyap seketika.

“Waalaikumsalam warahmatullah,” jawab beberapa ahli dorm Makrifah. Semua mata tertumpu pada pintu masuk. Kelihatan seorang pelajar lelaki berkaca mata dihadapan pintu itu. Dia memakai kopiah putih.

“Hmm..Ini dorm Makrifah ke ?” tanya pelajar itu . Beberapa ahli dorm itu mengangguk.

“Ya, ini dorm Makrifah, kamu ini siapa? Pelajar baru ke?” tanya Rafiq Zharfan. Dia merupakan ketua dorm itu. Semua ahli dorm yang ada hanya melihat situasi itu.

“Saya Muiez Hakimi, saya pelajar baru disini. Tadi penyelia ASPURA suruh saya kesini. Katanya masih ada katil kosong di dalam dorm ini” ceria suara Muiez Hakimi memperkenalkan diri. Dia membetulkan cermin matanya.

“Oh, pelajar baru rupanya. Patutlah tak pernah nampak. Katil di sebelah saya ini masih tiada orang. Silalah masuk .” kata Umarul Hakim. Muiez Hakimi masih berdiri diluar.

“Baiklah, terima kasih,” Muiez Hakimi mula melangkah masuk ke dalam menuju ke katil di sebelah Umarul Hakim.

“Hai Muiez! Salam Ukhuwah, saya duduk diatas.” kepala Aliff Syairazi terjengul ke bawah. Muiez Hakimi tersenyum melihat aksi rakan barunya itu . Aliff Syairazi memang dikenali sebagai seorang yang peramah.Mukanya comel seperti budak sekolah rendah. Kecil sahaja orangnya .

“Salam ukhuwah juga. Nama kamu siapa?” tanya Muiez Hakimi sambil menghulurkan tangannya kepada Aliff Syairazi. Mereka bersalaman.

“Saya Aliff Syairazi . Nama glamour Syaira.... Eh, tak-tak. Gurau saja. Panggil saya Aliff .” katanya dengan selamba. Muiez Hakimi tersenyum. Dia pergi kepada ahli dorm yang lain . Dia bersalaman dan berkenalan dengan rakan-rakan barunya.

“Saya Umarul Hakim. Panggil Umar lah.” Dia memperkenalkan dirinya.Badannya kurus dan tinggi sedikit berbanding yang lain.

“Salam ukhuwahfillah juga Muiez. Saya Rafiq Zharfan, ketua dorm Makrifah. Kalau ada apa-apa masalah di dalam dorm ini jangan segan untuk beritahu saya ya.” Rafiq Zharfan  melemparkan senyumannya. Kulit Rafiq Zharfan agak putih dan dia juga memakai cermin mata.
“Nama saya Syazwan Aqeel , panggil saja Wan atau Aqeel. Dekat dalam dorm ini sayalah yang paling rajin .” kata Syazwan Aqeel dengan nada selambanya itu. Dia sedang menyusun barangnya didalam loker . Muiez Hakimi tersenyum mendengarnya. Ahli yang lain sudah mula ketawa. Mereka tahu sangat dengan perangai Syazwan Aqeel itu. Memang begitu orangnya.

“Ya lah tu Wan . Muiez tak ada tanya pun siapa yang paling rajin . Tak payahlah nak cakap .Kami semua tahu.” Rafiq Zharfan manambah. Syazwan Aqeel hanya mencebikkan mukanya kepada ketua dormnya itu.

“Seronok berkenalan dengan kamu semua. Harap kita semua dapat menjadi sahabat. Nanti tunjukkan saya selok belok di sekolah ini ya. Besar juga sekolah ini,” tanya Muiez Hakimi . Dia sudah duduk dikatilnya . Dia mula serasi dengan sikap rakan-rakan barunya itu.

“Ok Muiez, itu serahkan pada aku. Nanti aku tunjukkan pada kau.” pantas Syazwan Aqeel berkata.

 “Terima kasih Aqeel. Boleh tanya, dalam dorm ni ada berapa orang?” tanya Muiez Hakimi.

“Dalam dorm ini cuma ada 5 orang. Termasuk kau 6 orang lah,” kata Rafiq Zharfan . Yang lain mengangguk.

“Oh, siapa lagi seorang ?” tanya Muiez Hakimi. Dia melihat ada kurang seorang.

“Irfan Zaqwan. Hah, itu pun dia. Panjang umur, baru sahaja cakap.” Umarul Hakim menunjuk kearah pintu masuk.

            Irfan Zaqwan melangkah masuk. Dia membawa barang ditangan.Dia meletakkan barang itu diatas katilnya, lalu ke luar dengan segera sambil melemparkan senyuman kepada ahli dorm yang lain . Katilnya dihujung sekali bersebelahan dengan katil Muiez Hakimi.

“Irfan, tak boleh laju lagi ke jalan tu . Nak ke mana ni? Kau tak perasan ke ada ahli baru dalam dorm kita ini,” kata Umarul Hakim . Langkah Irfan Zaqwan terhenti di pintu. Dia menoleh ke belakang.

“Eh, tak perasan pula aku. Aku nak cepat ni.Ustaz Amir panggil aku sekarang. Asiff jiddan kawan-kawan. Hai, salam ukhuwah . Saya Irfan Zaqwan. Lepas ini kita berkenalan ya. Pergi dulu.” Irfan Zaqwan mempercepatkan langkahnya sambil melambai-lambai pada rakan-rakannya .

“Sibuk memanjang si Irfan ni.” Aliff Syairazi berkata. Semua hanya tersenyum.

*****

Suasana di kantin muslimat tenang sahaja. Tidak ramai yang bercakap.Kalau ada pun cuma segelintir sahaja. Semua sedang leka dengan makanan masing-masing. Kantin muslimin tidak jauh dari situ. Hanya bersebelahan sahaja cuma dipisahkan dengan kedai koperasi sekolah. Di sekolah itu sememangnya menjadi kebiasaan panggilan muslimin buat pelajar lelaki, manakala panggilan muslimat buat pelajar perempuan. Sekolah itu akan sentiasa menjaga pergaulan antara muslimin dan muslimat.

“Siapa nama pelajar baru dikelas kita tadi ? Muiez apa?” kata Aisyah Zinnirah sambil membuka cermin matanya. Dia memulakan perbualan dengan rakan-rakannya. Waktu itu mereka semua sedang makan dikantin pada waktu rehat.

“Muiez Hakimi. Comelkan muka dia . Liya ,sikit air tau. " Nusaibah Khaleelah mengambil air ditangan Alya Raihanah.

“Pakai spect kan.” komen Amira Haneesa pula. Rakan yang lain semua berminat bercakap soal itu kecuali seorang sahabatnya.

“Smartlah.” tambah Alya Raihanah pula.

“Hmm.. ya lah tu korang. Sudahlah. Tak payah nak cakap pasal muslimin dekat sini. Makan cepat.Nanti lambat masuk kelas.” Izzati Irdina menyedut airnya. Dia kurang berminat untuk berbual tentang pelajar baru dikelasnya itu.

Selesai makan, semua muslimat duduk semula ditempat masing-masing. Mereka membaca doa selepas makan bersama-sama dengan diketuai oleh wakil pelajar. Selepas itu, Aisyah Zinnirah bersama rakan sekelasnya bangun menuju ke kelas mereka, Kelas 3 Imtiyaz.

“Kawan-kawan, ana dengan Nusaibah nak pergi jumpa Ustazah Asyiqin sekejap ya.” Izzati Irdina menarik lengan Nusaibah Khaleelah.

“Ya, kami ada hal sikit,” tambah Nusaibah Khaleelah.

“Baiklah, kalau macam tu kita orang naik ke kelas dulu.” kata Alya Raihanah. Dia, Aisyah Zinnirah dan Amira Haneesa berjalan menuju ke kelas.

*****

“Muiez , kenapa kau dengan keluarga kau pindah sini?” tanya Syazwan Aqeel ingin mengetahui. Dia sedang makan bersama Muiez Hakimi dan Rafiq Zharfan di taman yang ada disekolahnya itu.

“Hmm.. Ayah aku baru buka klinik dia dekat sekitar tempat ini.” jawab Muiez Hakimi.

“Wah! Ayah kau doktor ke?” tanya Rafiq Zharfan pula. Dia baru tahu. Muiez Hakimi mengangguk.

“Oh, macam mana pula kau boleh masuk sekolah ni?” tanya Syazwan Aqeel lagi.

“Entahlah. Aku masuk sini pun sebab kawan baik ayah aku yang suruh,sebab dia pun ada anak dekat sekolah ni. Ayah aku cakap sekolah ni pun bagus. Aku ikut sajalah. Aku tak kisah sekolah mana-mana pun.” Muiez Hakimi menceritakan serba sedikit.

“Oh,begitu. Kau ada kenal sesiapa tak dekat sekolah ni?” tanya Rafiq Zharfan.

“Ada.” Muiez Hakimi mengangguk.

“Siapa?” tanya Syazwan Aqeel.

“Budak kelas kita jugak .” Muiez Hakimi sengaja cakap begitu.

“Ya ke? Siapa ?” tanya Rafiq Zharfan.

“Dina. Hmm.. nama dia Irdina kot.Nama depan dia aku dah lupa la.

 “Hah? Izzati Irdina ke?” mereka berdua tidak percaya. Muiez Hakimi mengangguk.

“Ya.Izzati Irdina. Kau tau kan dia asal Selangor. Aku dulu sama sekolah rendah dengan dia. Dia itu lah anak kawan baik ayah aku yang aku cakap tadi. Ayah aku share klinik dengan ayah dia.” tambah Muiez Hakimi. Izzati Irdina sememangnya berasal dari Selangor sama dengan Muiez Hakimi.

“Oh, jadi kau dah kenal dialah.” kata Syazwan Aqeel pula.

“Ya! Memang kenal sangat pun. Sekarang ni kami tinggal berjiran. Rumah sebelah menyebelah saja. Muiez Hakimi bercerita lagi. Mereka berdua leka mendengar. Rafiq dan Syazwan bagai tidak percaya.

“Tak sangka pula kau kenal dia. Dalam banyak-banyak muslimat dalam kelas kita tu kan, aku paling respect ‘geng’ dia tu.” komen Rafiq Zharfan.

“Sebab ?” Muiez Hakimi inginkan sebab.

“Betul jugak tu. Ok la. Tapikan ‘geng’ mereka tu macam anti-muslimin lah.” Syazwan Aqeel menjawab. Dia mengerutkan dahinya.

“Hah? anti-muslimin?” Muiez Hakimi sudah ketawa.

“Entahlah, aku pun tak faham dengan mereka. Ok, sudahlah jom kita masuk kelas.” Syazwan Aqeel mengajak.

“Ok, dah lambat ni,” balas Rafiq Zharfan sambil melihat jam ditangan mereka .

**********************************************

“Maafkan saya kak ,saya tak perasan. Aasif jiddan.” Terketar-ketar suaranya meminta maaf kepada dua akhowat tingkatan tiga itu. Dia turut menolong mengutip buku yang sudah bertaburan. Nusaibah Khaleelah menjeling sekilas pelajar yang baru melanggarnya itu.

“Eh, tak apalah. Lain kali jangan berlari di kawasan sekolah lagi ya.” pesan Izzati Irdina. Dia sedang mengutip buku yang bertaburan bersama Nusaibah Khaleelah.

“Baiklah. Saya pergi dulu.” pelajar lelaki tingkatan satu itu meminta diri. Izzati Irdina dan Nusaibah Khaleelah masih leka mengasingkan buku itu. Sepatutnya ada dua bahagian.

“Eeeii, geramnya dekat budak tadi. Tengok buku ni sudah bercampur.” Keluh Nusaibah Khaleelah.Buku masih banyak bertaburan. Mereka mengasingkan buku itu dengan teliti.

“Eh! kenapa ni?” tanya Syazwan Aqeel. Dia, Rafiq Zharfan dan Muiez Hakimi melihat banyak buku bertaburan dilantai.

“ Tadi ada budak langgar,” pendek saja Izzati Irdina menjawab. Dia dan Nusaibah Khaleelah semakin cepat mengutip. Mereka ingin cepat pulang ke kelas.

“Nak kami tolong?” tanya Muiez Hakimi. Rafiq Zharfan dan Syazwan Aqeel sudah mula mengutip tanpa disuruh.

“Tak payah. Kami sudah kutip semuanya.” tegas Izzati Irdina menolak. Dia malas hendak bersemuka dengan Muiez Hakimi. Kedua-dua muslimat itu sudah ingin melangkah pergi .

“Dina, masih kenal aku lagi tak?” tanya Muiez Hakimi secara tiba-tiba. Rafiq dan Syazwan saling berpandangan. Izzati Irdina menjeling sekilas Muiez Hakimi.

“Kenapa kau tanya?” tanya Izzati Irdina kembali. Dia memalingkan mukanya daripada Muiez Hakimi. Semua yang ada disitu hanya menjadi penonton.

“Ingatkan tak kenal tadi. Baiklah ana pergi dulu.” kata Muiez Hakimi dengan bersahaja. Dia dan dua sahabatnya berlalu pergi. Izzati Irdina hanya berdiam sahaja.

“Izzati, anti kenal Muiez ?” tanya Nusaibah Khaleelah. Izzati Irdina hanya diam.

“Izzati Irdina binti Muhammad Syarif ! Dengar tak ni ana tanya?” ulang Nusaibah Khaleelah. Izzati menghentikan langkahnya. Dia menoleh kearah sahabatnya itu.

“Kenal sangat. Jiran ana.”jawabnya. Kakinya mula melangkah.

“Macam mana boleh kenal? Jiran? Tak cakap pun.” tanya dia lagi. Dia cuba untuk menyaingi langkah sahabatnya itu.

“Nantilah ana cerita dekat dorm . Sudah, jom naik ke kelas,” kata Izzati Irdina.

“Ok lah. Tak pernah ana dengar orang lain panggil anti dengan nama Dina.” balas Nusaibah Khaleelah.Mereka berdua berjalan menuju ke kelas.

*********************************************

Pada petang itu, semua pelajar ada program usrah. Mereka semua duduk berkelompok dalam kumpulan usrah masing-masing.  Setiap kumpulan ada naqib dan naqibah masing-masing. Usrah dijalankan cuma sekali dalam seminggu iaitu pada petang hari jumaat.

“Assalamualaikum adik-adik.” naqibah usrah itu memberi salam. Dia memandang semua ahli usrahnya. Ada beberapa ahlinya yang baru duduk dalam bulatan kecil itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah.” Semua menjawab salam yang diberi. Naqibah itu melemparkan senyumannya.

“Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu kelima kita mengadakan usrah. Ok,sudah banyak topik yang kita bincangkan. Hari ini agak-agak kita nak bincangkan topik apa ya? Cuba teka? ” tanya kak Haziqqah yang merupakan naqibah usrah itu. Semua hanya menjungkitkan tanda tidak tahu.

            “Cinta !” kata Nusaibah Khaleelah.

            “Puasa !” kata Alya Raihanah.

            “Solat !” kata Amira Haneesa.Semua cuba meneka. Kak Haziqqah hanya menggeleng mendengar setiap jawapan yang diberi.

            “Iman !” teka Aisyah Zinnirah.

“ Iman? Ok, iman selalunya dikaitkan dengan?” Tanya kak Haziqqah lagi.

“Hati !”serentak mereka semua menjawab.

“Pandai pun.” Kak Haziqqah mula membuka buku catitannya. Dia memberikan penerangan terlebih dahulu tentang hati. Semua mendengar dengan teliti.

“Hati kita seperti fizikal kita juga, perlukan 3 perkara iaitu pemeliharaan agar ia selamat, makanan agar ia hidup dan ubat agar ia terus sihat. Jika tidak dipelihara ia akan diterobos oleh pelbagai gangguan ,bahaya dan bencana.” kak Haziqqah bercakap dari hati untuk menyampaikan pengisian dalam usrahnya itu. Izzati dan Nusaibah tekun mencatat apa yang disampaikan. Begitu juga Aisyah dan Amira. Alya menjelingnya lalu mengeluarkan sebuah buku catitan.

”Akak, apa tanda rosaknya hati ?” Tanya Izzati Irdina.

            “Tanda rosaknya hati ialah apabila seseorang itu tidak mampu mengenal mana yang hak dan mana yang batil. Itu adalah azab yang paling besar sebenarnya. Azab Allah tak datang dalam bentuk seksaan dan bala semata-mata tetapi ia juga datang dalam bentuk hati kita yang tak dapat berhubung dengan Allah.” Kak Haziqqah menarik nafaz seketika. Dia menyelak helaian buku catitannya.

            “Ziqah, boleh tak kalau Hanim nak tahu lebih lanjut tentang cara mendidik hati? Pasti adik-adik kita yang lain juga mahu tahu.” tanya kak Hanim kepada sahabatnya itu. Semua ahli usrah mengangguk. Kak Haziqqah tersenyum melihat semua ahli usrahnya.

            “Baiklah, ada tiga jalan yang telah diringkaskan oleh sesetengah ulama’ untuk mendidik hati agar kembali beriman. Pertamanya, peningkatan, keduanya, pencegahan dan ketiganya rawatan.” Kak Haziqqah melihat mata sahabatnya kak Hanim yang tidak berkedip-kedip. Dia meneruskan,

            “Untuk meningkatkan iman di hati, kita perlu banyak tadabbur kekuasaan Allah melalui keindahan ciptaan alam , haiwan, manusia, dan apa saja yang diciptakan-Nya.” kak Haziqqah meminta  semua ahli usrahnya memikirkan satu ciptaan Tuhan kemudian menjelaskan hikmah dan kebesaran Tuhan di sebaliknya. Mereka patuh. Seorang demi seorang memberi pandangan.

(gambar hiasan)



            Muiez Hakimi dan rakan-rakannya sedang duduk di dalam bulatan. Mereka semua sedang mengikuti program usrah. Semua leka mendengar apa yang disampaikan. Mereka menumpukan perhatian mereka .Kali ini sesi usrah mereka diadakan di taman sekolah.

“Seterusnya,kita perlu teliti dalam ibadah kita . Ibadah kita jangan hanya menjadi sekadar rutin tetapi mestilah dilakukan dengan penuh kesedaran bersama dua syarat iaitu ikhlas dan mengikuti Rasulullah s.a.w.” Abang Nazwan mengajak ahli usrahnya memuhasabah ibadah harian masing-masing. Dia bersyukur kerana semua ahli usrahnya tiada masalah dengan amalan wajib cuma amalan sunat perlu ditingkatkan lagi.

            “Jalan pencegahan pula menuntut kita beristiqamah dengan ajaran Islam agar tercegahnya hati dari dinodai. Biar kebaikan yang kita lakukan itu sedikit , asalkan berterusan. Allah suka pada hambanya yang beristiqamah dalam beribadah.” Lantang suara Abang Nazwan. Semua berasa seronok apabila berada dalam usrah sebegini.

            “Abang Wan, macam mana kita nak terus beristiqamah? Ya lah, kadang-kadang terasa macam susah sangat nak istiqamah tu.” tanya Syazwan Aqeel. Semua mengangguk setuju.
            “Betul tu bang, kalau ramai-ramai macam ni memanglah senang, tapi kalau dekat rumah bila seorang diri, terasa payah nak buat.” tambah Rafiq Zharfan.

            “Cara nak istiqamah ialah dengan meletakkan cinta Allah lebih tinggi dari cinta selain Allah. Apabila cinta-cinta lain ingin merebut cinta Allah,kita perlulah memenangkan cinta Allah. Kita juga perlu mengagungkan setiap perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Maka kecintaan itu melahirkan istiqamah.” Abang Nazwan memandang ahli usrahnya satu persatu. Dia diam sejenak. Dia memegang perutnya.

“Iqbal, yang terakhir kau terangkan boleh? Aku nak pergi tandas sekejap. Rasanya lama ni aku dekat tandas. Sakit perut lah.” Abang Nazwan membisikkan sesuatu ke telinga abang Iqbal. Semua ahli melihat mereka berdua. Abang Iqbal hanya mengangguk. Buku nota abang Nazwan bertukar tangan kepada abang Iqbal. Abang Nazwan bangun dari duduknya.

“Baiklah adik-adik, abang Nazwan tu ada urusan sedikit dekat tandas, jadi kalau nak tunggu dia tu memang tak sudahlah sesi usrah kita ni. Jadi sekarang abang yang akan sambung, boleh ?” tanya abang Iqbal sambil tersenyum. Semua mengangguk.

(gambar hiasan)

“Jalan terakhir iaitu rawatan. Rawatan ialah merawat hati yang telah rosak.Penyakit utama hati adalah kelalaian atau ghoflah. Penyakit ini mempunyai banyak simptom, antaranya bermalas-malasan, suka bersenang-lenang, sudah berasa diri baik, tertipu dengan dunia dan sebagainya. Ubat mujarabnya ialah segera bertaubat dan beristighfar serta redha dengan segala musibah yang menimpa.” Abang Iqbal memberi penjelasan panjang lebar.

“Bila sebut bermalas-malasan,teringin nak tanya,macam mana nak rajin dalam belajar?” Umarul Hakim bertanya kepada ahli-ahli usrahnya.

“Muaz, kongsilah resepi belajar dengan adik-adik usrah kita ni. Kau kan selalu cemerlang setiap kali exam.”Abang Iqbal meminta sahabatnya berkongsi. Abang Muaz hanya tersenyum.

“Ok, senang saja, sejak abang diperkenalkan tentang 3 perkara, abang semakin bersemangat belajar.” Abang Muaz menjeling sekilas Abang Iqbal.

“Tiga perkara?” tanya Muiez Hakimi ingin tahu.

“Dari mana kita datang? Untuk apa kita hidup? Dan ke mana kita akan dikembalikan? Jawapan bagi persoalan itu itu telah membentuk visi dan misi hidup.Matlamat kita belajar kena jelas kerana Allah bukan sekadar memenuhi rutin hidup. Allah kekasih kita. InsyaAllah, apa yang kita buat kerana Kekasih yang agung itu,kita akan rasa nak buat yang terbaik.” Abang Muaz mendedahkan rahsia kecemerlangannya. Semua ahli usrah itu tekun menyalin di buku catatan masing-masing. Masa berjalan begitu pantas. Waktu satu jam yang diberi terasa seperti sekejap sahaja.Semua pelajar seronok menjalani sesi tarbiah itu. Terasa tenang bila dapat duduk bersama-sama.

“Baiklah, rasanya sudah cukup satu jam kita menjalani sesi usrah ni. Waktu asar pun dah nak masuk. Jadi semua sudah boleh bergerak ke surau. Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.” Abang Iqbal menutup buku notanya. Semua ahli usrah bersalaman antara satu sama lain.



Telah 5 bulan berlalu. Masa begitu pantas sekali berjalan. Mereka semua akan menghadapi peperiksaan beberapa minggu sahaja lagi.

Pagi itu sesi pembelajaran pelajar di kelas 3 Imtiyaz berjalan seperti biasa. Suasana di dalam kelas tidak akan riuh sewaktu ketiadaan guru. Semuanya sibuk membaca dan mengulangkaji. Tahun ini mereka akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi mereka akan menghadapi peperiksaan itu. Jadi semuanya serius dengan pelajaran masing-masing. Mereka semua tidak akan berbual kosong didalam kelas. Hanya isu pelajaran sahaja yang akan kedengaran di dalam kelas tidak kira muslimin atau muslimat.

“Alya, nak pinjam nota sejarah boleh.Nak rujuk sekejap. Ana punya nota tertinggal dalam lokerlah.” Izzati Irdina memusingkan badannya kebelakang. Alya Raihanah menghulurkan nota yang diminta. Izzati Irdina duduk dihadapan sekali bersebelahan dengan Nusaibah Khaleelah.

Ketua kelas mereka masuk, Umarul Hakim , kemudian di belakangnya Irfan Zaqwan. Mereka berdua memberi salam lalu duduk ditempat duduk mereka. Mereka berdua bercakap sesama sendiri. Kemudian Umarul Hakim bangun, dia pergi ke hadapan. Ingin menyampaikan sesuatu. Semua mata mula melihatnya.

“Assalamualaikum kawan-kawan , semua tolong beri tumpuan dihadapan sekejap. Ana mahu sampaikan sesuatu.” kata Umarul Hakim sambil memerhati rakan-rakannya. Semua mula menghentikan kerja masing-masing kecuali seorang. Mata ketua tingkatan itu melihat orang yang duduk di sebelah Amira Haneesa.

“Aisyah, boleh berhenti sekejap menulis. Ada perkara yang hendak ana beritahu ni” tegur Umarul Hakim. Dia meninggikan sedikit suaranya. Suaranya memang perlahan sedikit. Kadang-kadang tidak perasan bila dia bercakap. Amira Haneesa menyiku lengan Aisyah Zinnirah yang masih tekun menulis.

“Ecah, pandang depan lah, KT nak cakap tu.” bisiknya perlahan. Aisyah Zinnirah baru menyedari yang semua mata yang ada di dalam kelas itu sedang memandangnya. Dia mula menghalakan pandangannya kehadapan. Mukanya mula merah menahan malu.

“Baiklah, semua dengar baik-baik ya. Esok kita akan ada teknik menjawab yang terakhir memandangkan tarikh peperiksaan PMR sudah dekat. Jadi ,kali ini ana hendak memberitahu nama mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru kelas. Teknik menjawab kali ini mengikut kumpulan. Maaf ya, kali ini muslimin dan muslimat terpaksa campur dalam satu kumpulan kerana ini arahan daripada pengetua. Ana harap semua dapat memberikan kerjasama.” jelas ketua tingkatan itu . Semua hanya mendengar, di dalam hati masing-masing ada yang tidak setuju bila muslimin dan muslimat bercampur. Tapi mereka terpaksa menurut sahaja arahan. Umarul Hakim menyebut satu persatu nama . Semua mendengar nama mereka disebut dengan teliti.

“Seterusnya ,kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan 5, Syazwan Aqeel , Rafiq Zharfan, Muiez Hakimi, Nusaibah Khaleelah, Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah.” Ketua tingkatan itu menyebut nama kumpulan yang terakhir. Nusaibah Khaleelah mengeluh apabila mendengar namanya disebut. Dia tidak menyangka dia akan sekumpulan dengan muslimin dikelasnya itu.
“Zati, kenapa kali ini campur pula ya ? Biasanya semua program yang diadakan akan berasingan. Tak suka lah muslimin ada sekali.Sudah la ini teknik menjawab yang terakhir kita . Lepas itu sudah exam.” Nusaibah Khaleelah merungut pada sahabatnya dengan nada berbisik, takut kedengaran oleh pelajar yang lain.

“Entah la, yang penting kita tumpukan perhatian kita pada teknik menjawab yang terakhir ini.” Izzati Irdina menjungkitkan bahunya, lalu sambung menulis menyiapkan kerjanya. Dia tidak berminat untuk melanjutkan perbualan itu. Nusaibah Khaleelah turut menyambung kerja sekolahnya.



“Ana cadangkan kalau kita buat begini sahaja. Simple, tapi isinya padat. Kamu semua macam mana? Okey tak ?” Muiez Hakimi sebagai ketua kumpulan 5 memberikan pandangan.Yang lain mengangguk setuju. Pihak muslimat juga begitu. Waktu itu aktiviti berkumpulan sedang berjalan. Mereka membincangkan tajuk yang akan dibentangkan.Muiez Hakimi menjeling sekilas Izzati Irdina yang lagi tadi seperti tidak puas hati dengannya. Ingin sahaja dia bertanya apa yang tidak kena, tetapi memandangkan dalam keadaan berkumpulan yang sebegitu. Dia hanya berdiam sahaja.

“Tapikan, ana rasa lebih baik kalau kita mantapkan lagi isinya. Kita tambah sedikit , supaya yang lain lebih faham apa yang kita present dekat depan nanti. Boleh terima pendapat ana?” Nusaibah Khaleelah mencelah. Dia meminta persetujuan yang lain. Pihak muslimin mengangguk. Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah juga bersetuju.

“Bagus juga. Biar ana tulis. “Syazwan Aqeel menunjukkan two thumbs up kepada suara yang memberi cadangan itu. Dengan pantas dia menulis pada kertas yang akan dibentangkan nanti. Semua sudah geli hati dengan gaya Syazwan Aqeel yang lucu itu. Nusaibah Khaleelah cuba mengawal riak wajahnya agar tidak tersenyum melihat gaya Syazwan Aqeel tadi kepadanya.

Tepukan gemuruh kedengaran daripada semua pelajar. Ahli kumpulan 5 tersenyum bangga apabila kumpulan mereka diumumkan sebagai kumpulan yang terbaik. Semua ahli kumpulan mereka memberikan kerjasama sewaktu presentation.

“Alhamdulillah, terima kasih semua atas kerjasama. Kita semua sudah lakukan yang terbaik. InsyaAllah, semoga kita dapat praktikkan ilmu yang baru kita belajar tadi.” Semua tersenyum mendengar kata Muiez Hakimi.

“Ameen,, InsyaAllah kita lakukan yang terbaik untuk exam kali ni,” kata Rafiq Zharfan. Yang lain tersenyum dan mengangguk. Hati mereka semua berdoa agar Allah memudahkan mereka menjawab. Semua bersurai. Nusaibah Khaleelah, Izzati Irdina dan Aisyah Zinnirah bangun terlebih dahulu daripada pihak muslimin. Mereka tidak ingin berlama-lama disitu.


************************************************

            “Mira, anti sudah bersedia untuk exam kali ni. Ana nervous ni. Takutlah nak jawab exam esok.” Alya Raihanah sedang mengemas beg sekolahnya. Esok merupakan hari peperiksaan PMR yang sebenar. Mereka semua berdebar.

“Hmmm.. InsyaAllah, moga Allah mempermudahkan kita menjawab. Kita kena ingat Allah selalu agar hati kita tenang bila menjawab peperiksaan esok,” balas Amira Haneesa. Nusaibah Khaleelah dan Izzati Irdina baru sahaja masuk ke dorm mereka, dorm Mujtahidah setelah selesai menunaikan solat Isyak secara berjemah.

Nusaibah Khaleelah membaca sepotong ayat yang telah dihafaznya. Dia mengalunkan dengan baik sekali ayat itu.

“Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

“Surah Ar-Rad ayat 28 kan? ” tambah Izzati Irdina. Nusaibah Khaleelah mengangguk. Mereka berdua telah menghafaz surah itu.

“Wah, sedaplah Nusaibah,” puji Aisyah Zinnirah yang ketika itu baru balik dari tandas.Dia sempat mendengar ayat yang dibaca oleh sahabatnya itu.Nusaibah Khaleelah tersenyum hambar.

“Dah-dah. Jom duduk bawah ni sekejap. Kita baca sama-sama surah Al-mulk sebelum tidur.” kata Izzati Irdina yang sudah duduk di lantai. Nusaibah Khaleelah yang berada di katil bahagian atas mula turun dari katilnya. Sahabat yang lain sudah mengambil quran tafsir masing-masing. Setiap malam sebelum tidur semua pelajar akan melakukan liqo' al-mulk di dorm masing-masing.

*******************************************

Hari ini bermulanya peperiksaan PMR yang sebenar.

“Berdebarnya hati ni... Ya Allah mudahkanlah aku dan rakan-rakanku menjawab.” bisik Amira Haneesa perlahan. Alya Raihanah masih mendengar kata sahabatnya walaupun perlahan.Waktu itu mereka berdua baru lepas bersahur. Hari ini mereka berpuasa sunat. Nusaibah, Izzati dan Aisyah juga berpuasa sunat.Mereka berlima memang rapat. Jika seorang buat sesuatu, pasti yang lain akan turut ikut. Jika seorang berpuasa sunat, pasti yang lain turut begitu. Ukhuwah mereka benar-benar di bina berlandaskan iman.

“InsyaAllah, kita jangan putus mengharap pada Allah. Berusaha sungguh-sungguh dan sentiasa berdoa,” pesan Alya Raihanah. Dia merapatkan jaraknya dengan Amira Aneesa. Hati mereka tidak henti-henti berdoa.Mereka berdua berjalan seiring menuju ke dorm mereka.



 “Irfan,Umar, Rafiq, Aliff ,Aqeel, doakan aku ya. Doakan kejayaan kita bersama,” pinta Muiez Hakimi. Semua mengangguk.

“Aku sentiasa doakan kejayan kita semua sehingga ke hari yang bermakna ini,” luah Rafiq Zharfan.

“Aku pun sama doakan korang. Kita semua ni kan macam adik beradik dah, cuma lain mak dan bapa saja,” kata Aliff Syairazi. Sempat lagi dia berseloroh pada hari ini. Semua tergelak mendengarnya.

“Orang beriman itu kan bersaudara. Apa pun hari ini kita akan menghadapi peperiksaan.Buat yang terbaik ya untuk PMR ni,” pesan Irfan Zaqwan. Mereka berenam sedang duduk bersama dikatil Muiez Hakimi.

“InsyaAllah!” serentak mereka berkata.  

“Ok, jom turun . Hayya 'alan najah !” Syazwan Aqeel bangun dengan bersemangat. Semuanya turut bangun.


Selesai membaca doa, semua pelajar tingkatan 3 beratur dan mula melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Masing-masing berdebar. Saat ini, mereka berdoa agar Allah memberi ketenangan sewaktu mereka menjawab. Semua pelajar menjawab dangan tenang. Suasana dewan senyap sekali .

“Kawan-kawan, macam mana exam Sejarah tadi? Boleh jawab tak?” tanya Irfan Zaqwan kepada rakan-rakannya. Mereka baru sahaja keluar daripada dewan peperiksaan. Masuk hari ini sudah tiga hari mereka melalui hari peperiksaan. Hanya tinggal beberapa kertas sahaja lagi yang bakal dijawab.

“Alhamdulillah.. Hampir semua soalan aku dapat jawab. InsyaAllah , target A ni, “ kata Syazwan Aqeel dengan yakin.

“Boleh la kot, Alaah.. Aqeel kan power dalam sejarah, memang lah boleh jawab.Aku risaulah.”kata Umarul Hakim dengan kurang yakin. Syazwan Aqeel memandang wajah sahabatnya itu.

“Haish, apa ni Umar, kita kenalah yakin. Kau ni lemah je aku tengok. Mana Umarul Hakim yang selama ni kami kenal. Selalunya kaulah yang selalu menaikkan semangat kami.” Syazwan Aqeel menepuk perlahan belakang badan sahabatnya itu.

"Betul tu kata Aqeel . Umar… kita semua sudah usaha dan buat yang terbaik kan, insyaAllah, pasti Allah akan bantu kita semua. Kuatkan semangat."kata Muiez Hakimi.

"Betul, betul, betul. "tambah Aliff Syairazi dengan nada Upin Ipin nya. Mereka semua hanya tersenyum.

**********************************************

 Memandangkan pelajar tingkatan 3 sudah habis belajar, mereka disediakan dengan pelbagai program bagi mengisi masa terluang mereka disekolah. Dua minggu lagi , pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan khas untuk pelajar tingkatan 3. Semua pelajar akan melibatkan diri masing-masing.

“Assalamulaikum semua. Alhamdulillah, hari ini kita semua sudah berada di dalam hutan rekreasi ini yang menjadi tempat untuk kita semua melakukan aktiviti perkhemahan. Saya harap kamu semua dapat menjaga diri kamu ketika berada di dalam hutan ini dan saya juga berharap kamu semua dapat menjaga ikhtilat sewaktu berada disini. Pastikan bi'ah solehah disini juga terjaga seperti mana kamu semua berada disekolah.” kata seorang guru yang berada di kem itu. Semua pelajar mendengar dengan teliti apa yang disampaikan.

“Semua beratur ikut kelas sekarang .Muslimin di sebelah kanan, muslimat disebelah kiri. Sila bergerak dengan segera dalam keadaan yang senyap. Lepas ini saya akan membahagikan kamu dalam kumpulan. Muslimin akan berkumpulan dengan muslimin, muslimat dengan muslimat. Kamu tidak akan bercampur,” arah Abang Sayyidi yang merupakan fasilitator disitu. Semua mula beratur. Fasilitator itu menyebut nama pelajar mengikut kumpulan.

“Baiklah, semua nama saya telah sebut. Semua bergerak ke kumpulan masing-masing sekarang. Jika ada nama yang tidak disebut , sila maklumkan kepada saya sekarang.” jelas Abang Sayyidi lagi. Semuanya telah bergerak mencari kumpulan masing-masing.

“Eh! Muiez,Aqeel, Rafiq, tak sangka kita satu kumpulan.” kata Umarul Hakim dari jauh. Dia sedang menuju ke kumpulannya itu.

“Alhamdulillah. Nampaknya semua ahli kumpulan kita ini adalah ahli dorm Makrifah. Mungkin pembahagian ini mengikut dorm,” kata Muiez Hakimi apabila dia melihat Aliff Syairazi dan Irfan Zaqwan yang baru sampai.

“Wah, Bestnya satu kumpulan macam ni !” kata Syazwan Aqeel. Semua ahli mereka tersenyum.

“Baiklah, kamu semua boleh keluar. Ingat semuanya bergerak dalam kumpulan. Selepas ini kamu dikehendaki mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan,” arah fasilitator yang lain pula.

“Izzati, mana beg baju yang tadi ?”tanya Nusaibah Khaleelah. Dia sekumpulan dengan ahli dormnya.

“Ada, dekat tepi tu. Tolong bawa masuk beg ana sekali tau dalam khemah. Ana nak pergi cari Mira kejap, lagi tadi ana tak nampak dia.” tangan Izzati Irdina menunjukkan kearah tepi pokok itu.Dia mula bangun. Mereka semua baru sahaja selesai mendirikan khemah.

“Zati,beg anti ni berapa kilo hah? Berat semacam.. Ok, jaga diri. Hati-hati dalam hutan ni,” pesan Nusaibah Khaleelah, dia sedang mengangkat beg rakannya itu menuju ke khemah.

“Entah la. Lupa pula nak timbang tadi. Ok, jangan risau.” balasnya sambil melangkah pergi.


Keesokan harinya, semua pelajar akan ada aktiviti river croosing seperti yang telah dijadualkan. Semuanya tidak sabar untuk melalui aktiviti yang mencabar itu.

“Cepatlah Aqeel, apa yang kau buat lama-lama dekat dalam tu. Semua sudah mula berhimpun tu.Nanti kita lambat.”  kata Rafiq Zharfan yang berada diluar khemah.Dia segak memakai suit pakaian sukannya.

“Ye lah. Kau ni kan Rafiq. Aku tengah kemas lah tadi. Bersepah sangat dekat dalam tu. Korang semua bangun tidur tadi bukannya reti nak kemas. Apa nak jadi ni.” panjang Syazwan Aqeel berleter. Rafiq Zharfan hanya mampu tersenyum. Antara ramai-ramai sahabatnya itu ,Syazwan Aqeel lah yang paling pentingkan kebersihan. Kedua-dua sahabat itu berjalan menuju ke tempat semua berhimpun.

“Baiklah, ketua kumpulan tolong pastikan semua ahli sudah ada. Selepas ini kita akan bergerak ke tasik untuk aktiviti river croosing. Ingat tolong jaga ikhtilat kamu semua. Pastikan bia'ah solehah disini terjaga.” pesan Abang Shafiq yang juga merupakan salah seorang fasilitator disitu. Dia adalah senior form 5, dia dikenali sebagai AJK BADAR di sekolah. Mereka semua akan melakukan aktiviti tersebut di tempat yang sama. Cuma kumpulan muslimin akan lakukan terlebih dahulu daripada kumpulan muslimat.

“Okey .Sekarang ni Abang Aakif akan tunjukkan cara nak imbangi badan di dalam air.Badan kena menelentang macam ni. Pegang tali kuat-kuat. Jangan sesekali lepaskannya walau apa keadaan sekalipun. Ingat, tarik , tarik dan tarik. Jangan berhenti menarik nanti badan tenggelam. Tarik , tarik dan tarik hingga ke seberang sana. Kaki sentiasa diangkat macam ni.” kata Abang Aakif yang merupakan fasilitator kumpulan 3 iaitu kumpulan Muiez Hakimi. Selesai mendengar penerangan, Rafiq Zharfan mula turun ke pinggir tasik. Dia cuba menguji kedalaman tasik. Tiga kaki melangkah, air sudah mencecah tengkuk. Semua menunjukkan wajah kerisauan.

“Fuhh!! Dalamnya.” kata Aliff Syairazi apabila melihat rakannya itu.

“Tau tak apa. Ingat, kaki kamu semua kena sentiasa angkat seperti yang abang tunjukkan tadi.” kata Abang Aakif.

Umarul Hakim menawarkan dirinya terlebih dahulu untuk menjadi orang yang pertama melakukan river croosing. Dia memberanikan diri untuk mencuba. Semua kagum melihat keberanian yang ditunjukkan .

“Umar, Umar, Umarul Hakim boleh,”jerit ahli kumpulannya memberikan sokongan moral. Mulut Umarul Hakim terkumat kamit berzikir. Umarul Hakim dengan yakin mula lakukan. Akhirnya dia berjaya sampai ke seberang. Sekarang tiba giliran Syazwan Aqeel pula.

“InsyaAllah, saya akan mulakan sekarang!” katanya kepada Abang Aakif. Syazwan Aqeel sudah bersedia. Hatinya turut berzikir. Dengan mengumpul segenap kekuatan , rasa gugup dan gementar dilawan. Kemahiran yang ditunjukkan oleh Abang Aakif cuba dipraktik dengan penuh keyakinan. Syazwan Aqeel merebahkan badan ke air, dia bergantung pada seutas tali untuk mengharung tasik yang dalam. Dia berjaya membuatnya dengan baik pada permulaan.Muiez dan ahli kumpulannya bertepuk tangan. Namun, apabila tiba di tengah tasik, tali dirasakan kurang stabil, makin kendur berbanding tadi.Bergoyang-goyang.Rupa-rupanya ada rakan-rakannya dari kumpulan yang lain kurang sabar lalu terburu-buru mengikut dari belakang.

Syazwan Aqeel tiba-tiba berhenti menarik. Kakinya terlepas daripada tali ketika cuba menyesuaikan diri dengan kekenduran tali yang rapat menyentuh air. Badannya mula tenggelam. Banyak air tasik yang diminumnya. Ahli kumpulannya risau sekali.

“Aqeel, pautkan kaki pada tali. Teruskan menarik. Jangan sesekali berhenti menarik. InsyaAllah, kau boleh buat.” pekik Umarul Hakim. Dia sudah pun sampai di seberang tasik itu.
Dalam kekalutan ,akal Syazwan Aqeel masih mampu memproses arahan Umarul Hakim. Kakinya diangkat perlahan. Tangannya menyusuri tali walaupun dia tidak lagi merasa kekuatan untuk tiba ke seberang. Terasa ingin dilepaskan sahaja tali itu.

“Aku tak boleh mengalah. Bismillahitawakkaltu 'alallah.” Bisik hati Syazwan Aqeel. Dengan kekuatan baru , Aqeel membuat satu persembahan river-croosing yang cantik. Semua lega melihat rakannya itu selamat sampai ke seberang.

“Alhamdulillah,kita semua berjaya lakukan. Aqeel, okey tak ? Banyak tak kau minum air tasik tadi?” kata Irfan Zaqwan selepas semua ahli kumpulannya berjaya sampai ke seberang. Semua tersenyum. Syazwan Aqeel seorang sahaja yang ada masalah ketika melakukan river croosing.

“Aku okey je. Nasib baik tak kering air tasik ni aku minum. Tapi yang pastinya kembung juga lah perut aku ni dengan air. Hehe.” sempat lagi dia bergurau dengan sahabatnya itu. Terburai ketawa ahli yang lain. Semua yang mendengar menggelenggkan kepala.

“Ya Allah, tak sabarnya nak masuk hutan hijau ni. Dah lama tak masuk hutan macam ni kan” kata Muiez Hakimi kepada rakan-rakannya dengan nada yang kuat sedikit. Semua mengangguk. Mereka bersemangat untuk melalui hari ini. Hari ini mereka semua akan melakukan jungle trekking. Mereka semua sedang berhimpun sambil menunggu fasilitator datang. Aktiviti yang lasak ini sangat digemari oleh muslimin, tetapi tidak pula bagi muslimat.

“Huhhh!!! kenapalah mesti ada aktiviti macam ni. Tak suka la. Macam-macam ada dalam hutan ni.” komen Nusaibah Khaleelah pula sambil membetulkan lipatan tudung labuhnya itu. Semua mengangguk. Sepanjang disitu mereka memang hanya dibenarkan untuk memakai tudung labuh, baju kurung dan baju T-shirt muslimah labuh sahaja.

“Tau tak apa. Nanti kotor lagi tudung ni.Baju muslimah ana pula tinggal sehelai saja lagi. Esok kita lastkan dekat sini?” tanya Aisyah Zinnirah. Semua mengangguk.

“Errr… Esok last? Yes! Sukanya. Tapi esok aktiviti berkayak pula… Hmm..” keluh Amira Haneesa.

“Hmm… tak apa lah. Kita buat sahaja. Ikhlaskan hati kerana Allah. Jangan ingat kita semua berpakaian muslimah bertutup litup macam ini, kita tidak boleh lakukan aktiviti lasak sebegitu. InsyaAllah, moga dengan pakaian kita ini, kita akan lebih terjaga dan terhindar dari segala fitnah.” kata Izzati Irdina. Dia memandang sekilas rakan-rakannya yang memakai tudung labuh dan T-shirt muslimah labuh dengan berseluar longgar.

“Betul tu . Kita bertawakkal pada Allah,” kata Alya Raihanah dengan semangat.

“InsyaAllah, muslimah kita boleh,” tambah Amira Haneesa pula.

Masing-masing saling membakar semangat. Itulah peranan sahabat.

Mereka melalui ujian jungle trekking dengan bersemangat. Pelajar dilepaskan berselang seli antara kumpulan muslimin dan muslimat.

“Satu per satu kumpulan akan dilepaskan . Tiada fasilitator yang akan mengiringi. Kamu mesti mempunyai semangat kerjasama berkumpulan yang tinggi .Suburkan semangat kerjasama dan tolong menolong. Ikut trek yang disediakan dengan petunjuk arah .Sepanjang trek itu nanti, ada banyak halangan. Jangan teruskan perjalanan selagi kamu tidak melepasi setiap halangan . Kamu semua kena jujur. Allah sentiasa mengawasi pergerakan kamu. Banyak juga mata-mata yang akan melihat pergerakan kamu. Pastikan bi'ah solehah terjaga. Baiklah, saya mahukan kumpulan muslimin yang ini jalan dahulu, kemudian kumpulan muslimat ini pula. Jangan risau jarak antara kumpulan akan jauh sedikit.” tangan kanan Abang Sayyidi terlebih dahulu menunjuk tepat ke arah Muiez Hakimi sekumpulan, dan tangan kirinya pula menunjuk kearah kumpulan Izzati Irdina. Kumpulan muslimin telah dilepaskan terlebih dahulu.Kumpulan muslimat menunggu beberapa minit sebelum dilepaskan.

“Halangan pertama, rentas sungai dengan tali pokok. Kita semua kena jadi tarzan,” pekik Irfan Zaqwan kepada rakan-rakannya.Dia dilantik sebagai ketua kumpulan.

“Kacang goreng saja!” sorak mereka. Mereka lakukan dengan baik sekali.

“Wah, Aliff ada pengalaman jadi tarzan lah! Hati-hati ya.” sakat Syazwan Aqeel pada sahabatnya yang takut pada tempat tinggi itu. Tangan Aliff Syairazi sedikit menggeletar. Dia menjadi orang terakhir melepasi halangan tersebut.

“Alamak, laju nya kumpulan muslimat ni . Cepatlah gayut Aliff. Mereka sudah mahu sampai ke sini.” Rafiq Zharfan melihat kumpulan muslimat yang dibelakangnya sudah menuju ke tempat itu.

“Allahuakbar! Gayatnya.” kata Aliff Syairazi sambil menggenggam tali. Tangannya sedikit menggeletar namun cepat disembunyikan . Perlahan sahaja pergerakannya. Akhirnya dia sampai juga.

Kumpulan muslimat sudah mula bergayut. Waktu itu muslimin yang ada sudah bergerak cepat beredar dari situ.

“Dah, jom cepat. Kita tak nak dan tak akan kalah dengan muslimat.” pekik Muiez Hakimi sambil berlari. Semuanya sudah berlari dengan semangat.

“ Halangan yang ni aku suka,” naik semangat Irfan Zaqwan apabila melihat kawad berduri di halangan kedua.

“Dan halangan yang ini aku paling tak suka.Kena meniarapkan?” kata Aliff Syairazi. Dia mengeluh panjang. Semua mengangguk. Memang mereka semua perlu meniarap untuk lepasi halangan itu.

“Rilex saja. Jadi askar sekejap. Best jugak kali ni punya.” tambah Syazwan Aqeel pula sependapat dengan Irfan Zaqwan.

“Redah saja lah. Kalau kita muslimin sudah mengeluh, nanti muslimat lagi lah tak nak buat benda lasak macam ni.” kata Muiez Hakimi . Semua mengangguk bersetuju.

“Dah cepat buat.Kita kena gerak sekarang, kejap lagi tentu muslimat tiba. Segan mereka nak buat bila kita ada disini.” tambah Umarul Hakim. Dia melakukan terlebih dahulu.Mereka merangkak dengan baik. Pergerakan mereka tangkas sekali. Mereka bergerak menuju halangan terakhir.


“Eh, Aqeel bangun, cepatlah.Dah nak sampai ke halangan yang ketiga ni” Rafiq Zharfan menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Syazwan Aqeel sedang bersandar pada pokok besar yang ada disitu. Rakan yang lain turut berhenti.

“Kejap la Rafiq.. Jauh lagi nak sampai ke halangan yang ketiga.” keluh Syazwan Aqeel. Mereka semua sudah letih berjalan. Jarak antara halangan kedua dan ketiga memang jauh sedikit. Mereka kena meredah hutan terlebih dahulu sebelum sampai ke halangan ketiga. Aliff dan Umarul sudah saling bersandaran.

“Tau tak apa. Syadid sangat lah siapa yang tetapkan jarak ni. Jauh lagi ni nak jalan, kalau silap sikit jalan, boleh sesat ni. Dah lah hutan ni seram semacam. “ komen Aliff Syairazi. Yang lain mengangguk. Mereka semua berhenti sekejap dalam beberapa minit.

“Dah bangun, jom sambung balik. Nanti kena pintas dengan muslimat baru tau.” semua mula bangun mendengar kata Irfan Zaqwan. Risau juga mereka jika muslimat mendahului mereka. Mereka kembali bersemangat semula.

“Tolong! Tolong!”sayup kedengaran suara orang menjerit.

“Eh, suara siapa pula tu? Macam suara muslimat saja,” kata Syazwan Aqeel. Mereka semua mencari arah suara itu.

“Datang dari arah situ. Tapi mungkin jauh sedikit jaraknya.”kata Umarul Hakim sambil menunjuk arah suara itu. Semua mengangguk.

“Jom!” arah Aliff Syairazi. Mereka semua mengikut jejak Umarul Hakim.

“Mana suara tadi ?” mereka semua kebingungan untuk mencari apabila suara itu senyap seketika.

“Hah, itu lah. Muslimat rupanya. Kenapa mereka ada disini. Sesat jalan ke?” kata Muiez Hakimi. Semua menjungkitkan bahu.

“Kenapa dengan kamu semua ni?”tanya Rafiq Zharfan mewakili semua rakannya. Mereka hendak tahu apa yang telah berlaku.

“Kami sesat!”semua menjawab dengan serentak.

            “Patutlah. Kamu semua memang sudah jauh masuk kedalam hutan ni.” tanya Umarul Hakim.

“Bukan ke sudah ada petunjuk arah disetiap trek? Macam mana boleh sesat pula?” tanya Muiez Hakimi pula.

“Macam ni,tadi semasa kami sedang berjalan, ada seekor ular melintasi kami. Kami semua cemas bila tengok ular tu,lepas tu kami larilah sampai kami sendiri tidak tahu arah mana kami tuju. Tapi masih lagi dalam kumpulan. Lepas itu...” terhenti cerita Nusaibah Khaleelah.Dia baru perasan yang semua sedang memandang dan mendengar ceritanya.Dia yang tadi berani untuk bersuara tiba-tiba terkelu lidahnya .Dia melihat semua yang ada di sekelilingnya dan matanya sempat bertentangan dengan seseorang.Sepi seketika. Izzati Irdina menyiku lengan sahabatnya itu.Yang lain sudah berdehem-dehem.

“Ehem-ehem.. Jadi selepas itu apa? Mana ularnya ?” tanya Syazwan Aqeel dengan nada serius. Dia cuba untuk memecahkan kesunyian. Muslimat yang lain sudah malu hendak bercerita. Semuanya memandang sesama sendiri. Muslimin hanya melihat.

“Lepas tu , kami terfikir yang kami telah sesat, sebab lagi tadi kami tidak jumpa petunjuk arah selepas bertembung dengan ular itu.Dan soal ular itu mana lah kami tahu ke mana.” akhirnya Izzati Irdina bersuara mewakili sahabatnya. Semua masih mendengar.

“Mungkin ular itu masih ada di sekitar ini kot.”tambah Alya Raihanah lagi. Dia cuba menambah cerita. Semua muslimin memerhati sekeliling mereka. Muslimat hanya tenang sahaja kerana dia tahu mereka sudah lari jauh dari ular itu.

“Ular itu ular apa? Besar tak saiznya?” tanya Aliff Syairazi bersungguh-sungguh. Riak wajahnya sudah menunjukkan yang dia takut dengan ular. Muslimin yang lain sudah tersenyum mendengarnya. Muslimat yang lain cuba untuk menseriuskan muka daripada tersenyum.

“Entah la. Tak sempat nak tengok betul-betul ular apa. Saiznya kira-kira besar batang pokok ini lah” kata Amira Haneesa dengan selamba sambil menunjukkan saiz pokok sederhana kecil disebelahnya itu. Aliff Syairazi menelan air liurnya. Muslimat yang ada sudah tersenyum mendengar kata sahabatnya itu. Muslimin hanya tercengang sahaja.

“Sudah-sudah. Yang penting semuanya selamat. Kamu semua ini hanya tersilap sikit sahaja jalan. Tapi tak apalah, petunjuk arah ada dihadapan sana. Kamu semua jalan dahulu.Kami muslimin akan berada di belakang,” kata Muiez Hakimi. Dia menunjuk kearah jalan yang mereka lalui tadi. Muslimat kaku seketika.Tiada yang bersuara. Tiada yang bergerak. Mereka saling berpandangan. Seolah-olah memaksudkan sesuatu.

“Baiklah, tapi boleh tak kalau antum saja yang jalan dihadapan,” pinta Izzati Irdina.

“Tetapi, nanti kamu semua….” kata Syazwan Aqeel.

“Arrijaalu qawwamuna 'alan nisa'.”  tegas Nusaibah Khaleelah memotong bicara itu.

“Kami akan ikut dari belakang. Kami tak selesa bila jalan muslimin ada dibelakang. Tak apa. Jangan risau, kami tahu jaga diri masing-masing. Jalanlah dulu.” kata Aisyah Zinnirah mewakili rakan-rakannya. Dia mempersilakan muslimin untuk jalan dahulu. Ikhtilat harus dijaga. Muslimin menurut sahaja permintaan itu.

Mereka sudah tahu untuk menjaga ikhtilat. Ikhtilat bermaksud pergaulan atau percampuran antara lelaki dan perempuan. Mereka akan sentiasa menjaga batas pergaulan mereka tidak kira mereka disekolah ataupun diluar kerana bagi mereka itu sudah menjadi tuntutan. Akhirnya kedua-dua kumpulan itu berjaya sampai ke penamat.

           
Hari ini merupakan hari terakhir mereka. Aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti berkayak. Semua pelajar baru sahaja habis mendengar taklimat daripada fasilitator. Selepas ini mereka akan mula berkayak.

            “Ok, saya harap kamu semua faham tentang apa yang jelaskan tadi. Ingat cara-cara yang telah ditunjukkan tadi antaranya cara melawan ombak, cara mengelakkan kayak terbalik dan cara berkayak berkumpulan. Dalam satu kayak hanya ada dua orang. Semua akan berpasangan. Muslimin dibahagian belakang , muslimat dibahagian hadapan. Setiap pasangan mestilah bekerjasama untuk mengendalikan kayak masing-masing,” semua leka mendengar . Selepas itu mereka semua memakai jaket keselamatan yang disediakan. Jurulatih disitu telah menentukan pasangan-pasangan yang akan berkayak.

“Aisyah, anti naik dululah. Ana akan pegang kayak ni.” kata Umarul Hakim. Mereka berpasangan. Aisyah Zinnirah hanya menurut. Dia malu untuk bersuara dengan ketua tingkatannya itu.

“Anti pernah berkayak tak?” tanya Umarul Hakim ingin mengetahui. Mereka berdua sudah berada didalam kayak, tetapi mereka masih belum boleh bergerak lagi.

“Pernah.” Aisyah Zinnirah mengangguk. Umarul Hakim tersenyum mendengar.

“Baguslah. Ana tak pernah lagi. Nanti ajarlah serba sedikit.” balasnya tersipu-sipu. Dia meminta tunjuk ajar dari rakan sekelasnya itu. Aisyah Zinnirah mengangguk.

“Baiklah.” pendek sahaja dia menjawab. Dia tak sangka Umarul Hakim akan berpasangan dengannya.

“Aliff, kebelakangkan sedikit kayak, macam mana ana nak naik dekat atas kayak tu kalau jarak jauh macam ni” keluh Amira Haneesa. Dia bingung betul dengan perangai Aliff Syairazi.

“Oh, lupa pulak yang anti naik sekali dengan ana. Sekejap ye,” Aliff Syairazi sudah berada di dalam kayak, dia membelakangkan kayaknya. Dia sebenarnya malu dengan Amira Haneesa.

“Eh ! Alya, kenapa anti duduk dibahagian belakang?” tanya Irfan Zaqwan. Sepatutnya dia yang berada dibelakang. Dia sudah tersengih melihat pasangan kayaknya itu.

“Hah?! Ana lupalah yang ana kena duduk dekat hadapan.” kata Alya Raihanah dengan selamba. Dia sendiri tidak perasan yang dia salah duduk. Dia bangun untuk keluar dari kayak. Irfan Zaqwan sudah mengambil alih tempat duduknya sebelum mula berkayak.

“Nusaibah, ana nak cakap ni.” tiba-tiba Syazwan Aqeel bersuara.

“Apa dia?” tanya Nusaibah Khaleelah. Mereka berdua sudah berada di dalam kayak.

“Ana tak pandai berkayak tau. Jadi, nanti anti ajarlah ana serba sedikit,” kata Syazwan Aqeel.

“Hah? Takkan lansung tak pernah?” Nusaibah Khaleelah bertanya lagi. Syazwan Aqeel menggeleng.

“Ok la. Lepas ni ana ajar lah.” Nusaibah Khaleelah memandang sekilas wajah sahabatnya itu.Syazwan Aqeel hanya tersenyum.

Semua pelajar sudah berada didalam kayak masing-masing. Mereka semua sudah mula mengayuh dayung yang ada di tangan.

“Dina, macam tak percaya kita sama kayak.”perli Muiez Hakimi. Izzati Irdina hanya mencebik.

“Habis tu? Kenapa ?”tegas suara Izzati Irdina. Dia tidak sangka akan berpasangan dengan Muiez Hakimi.Dia dan Muiez Hakimi boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Jadi jika bertembung , pasti ada sahaja yang tidak kena. Masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Jadi mereka sentiasa ingin melebihi antara satu sama lain. Sepanjang mereka berkayak, mereka tidak pernah satu hati . Jika Muiez Hakimi ingin ke arah kanan, pasti Izzati Irdina ingin ke arah kiri.

“Muiez, cepatlah kayuh dayung kebelakang. Nanti kita bertembung dengan kayak dihadapan,” arah Izzati Irdina apabila dia melihat ada kayak lain dihadapan yang akan bertembung dengannya. Sejak tadi mereka berdua sama-sama bijak untuk mengendalikan kayak yang dinaiki walaupun ada sedikit pertelingkahan. Tetapi sekarang, tiba-tiba ada kayak lain yang akan bertembung dengan mereka.

“Ana tau lah. Anti lah ni tadi. Sepatutnya kita pergi ke arah sana tadi. Sekarang ni nak patah balik pun sudah  tak boleh,” keluh Muiez Hakimi. Dia yang dalam kekalutan tidak sempat untuk kebelakang. Izzati Irdina juga begitu.

“Jangan nak salahkan ana saja. Anta pun sama tadi. Sudah lah,nampaknya kayak ni boleh terbalik kalau kita terus bergaduh macam ni, habis tu macam mana?” Izzati Irdina bertanya. Dia buntu untuk berfikir.

“Entahlah. Tawakkal saja,” mudah Muiez Hakimi menjawab. Dia juga akur. Kayak yang berada dihadapan mereka juga tidak dapat dikawal. Akhirnya. Kedua-kedua kayak itu bertembung dan terbalik.

Bunyi percikan air yang kuat. Kayak yang dinaiki oleh Muiez Hakimi dan Izzati Irdina bertembung dengan kayak yang dinaiki oleh Syazwan Aqeel dan Nusaibah Khaleelah. Keempat-empat mereka sudah terapung didalam air. Masing-masing terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka berempat sudah saling berpandangan. Izzati Irdina menjeling sekilas Muiez Hakimi. Muiez hanya memandang lemah kearah Izzati.

“Dina, sampai bila kita nak bermusuh macam ni ? Sudah lah. Ana minta maaf. Lupakan sajalah yang lepas. Ana tau ana banyak buat salah dekat anti.” Muiez Hakimi sedar salahnya selama ini. Dia meraup mukanya yang basah. Izzati Irdina hanya diam.

“Hmm.. Boleh percaya ke ni? Masuk kali ni sudah dua kali anta cakap benda yang sama. Tapi, anta tetap buat jugak.” Izzati Irdina masih ingat lagi dulu Muiez Hakimi pernah meminta maaf kepadanya, tetapi Muiez tetap tidak berubah. Dia memandang tepat kearah Muiez Hakimi.

“Tak apa lah. Ana sedar salah ana.” Lemah suara Muiez.

“Ok lah. Ini yang terakhir ana maafkan. Hmm.. yang pasal hari itu kira halal lah ye Muiez. Janganlah nak ungkit-ungkit.” Izzati Irdina tersenyum.

“Ya lah ustazah Irdina. Sabar je lah. Dari dulu asyik ana je yang kena mengalah dengan anti.” Muiez Hakimi mengeluh. Izzati Irdina membuat muka tidak bersalah.

“Nusaibah, anti ok ke ? Aasif jiddan. Ana yang salah. Sepatutnya tadi..” Syazwan Aqeel mengakui kesalahannya. Dia terapung berdekatan dengan Nusaibah Khaleelah.

“Tak ape la. Kita dua-dua salah.” pantas Nusaibah Khaleelah memotong bicara Syazwan Aqeel. Mukanya sudah pucat. Mungkin kerana sejuk berendam di dalam air tasik itu. Dia sebenarnya geram dengan tindakan Syazwan Aqeel semasa berkayak tadi. Mereka berdua tidak dapat mengawal kayaknya dengan baik.

“Aqeel, macam mana kau kawal kayak kau ni? Aku pun dah tak boleh nak elak daripada bertembung,”  kata Muiez Hakimi kepada sahabatnya itu. Dia sendiri terkejut apabila kayak yang dinaiki oleh Syazwan dan Nusaibah tiba-tiba menuju ke arah kayaknya.

“Entah la Muiez, Aku bukannya pandai sangat berkayak.” balas Syazwan Aqeel. Dia memandang sekilas wajah Nusaibah Khaleelah. Waktu itu Nusaibah Khaleelah pun kebetulan turut memandangnya. Pantas dia mengalihkan pandangannya daripada terus bertembung. Dia kuatkan imannya agar tidak tewas. Muiez Hakimi perasan perlakuan Syazwan Aqeel itu. Dia hanya tersenyum melihat telatah sahabatnya itu.

“Sekarang ni macam mana kita nak naik atas kayak balik ?” tanya Muiez Hakimi. Mereka berempat berada ditengah-tengah tasik. Semua sudah kebingungan. Pelajar-pelajar yang berada diatas kayak melihat insiden itu. Ada yang risau, ada juga yang masih boleh tersenyum.


“Alya, macam mana tadi berkayak? Dapat kayak dengan Irfan ye,” usik Amira Haneesa.Dia tahu yang rakannya meminati Irfan dalam diam. Alya Raihanah hanya mencebikkan mukanya.

“Haish, mana ada. anti lagi lah tadi berkayak dengan Aliff. Kelakar ana tengok perangai si Aliff tu. Dia macam malu-malu je dengan anti,”Alya Raihanah membalas usikan rakannya. Semua yang ada sudah ketawa.

“Kejap-kejap. Tadi siapa yang berendam dalam air tasik?” tanya Aisyah Zinnirah. Dia cuba untuk mengenakan Izzati dan Nusaibah yang lagi tadi hanya mentertawakan rakan-rakannya sahaja.

“Eei, geram betul dengan si Aqeel. Entah macam mana ana boleh satu kayak dengan dia tu. Izzati sukalah dapat berkayak dengan jiran dia tu.” usik Nusaibah Khaleelah. Semua sudah ketawa melihat riak muka Izzati Irdina yang sudah berubah.

“Hmm… bila masa ana suka? Dari dulu lagi ana memang tak suka perangai dia tu.” Izzati Irdina mengeluh.

“Izzati,baik apa Muiez tu.” Amira Haneesa membela. Semua mengangguk.

 “Aisyah berkayak dengan siapa?” Izzati Irdina bertanya. Semua memandang Aisyah Zinnirah.

“Siapa lagi kalau bukan ketua tingkatan kita,” kata Amira Haneesa memaksudkan Umarul Hakim.

“Sudah-sudah, pasal ni pun nak jadikan isu. Cepat kemas , tak nak balik ke ?” Aisyah Zinnirah cuba berdalih. Semua sudah tersenyum.

“Nak!” serentak mereka menjawab.


Telah dua minggu berlalu, mereka semua menjalani hari persekolahan seperti biasa .Semua pelajar sibuk menghabiskan hafazan masing-masing pada akhir tahun ini. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ditangan tidak lekang dengan Al-quran. Semua sibuk menghafaz. Keputusan PMR bakal keluar beberapa  minggu sahaja lagi pada cuti persekolahan.

“Muiez, sudah habis kemas barang ? Abi aku sudah sampai dekat bawah tu. Aku turun dulu ya. Kalau panjang umur, tahun depan kita jumpa lagi.” kata Syazwan Aqeel. Mereka berdua bersalaman.

“Belum, barang aku ada lagi sikit yang belum pack ni. InsyaAllah, nanti jumpa lagi. Jaga diri dan iman yer.” pesan Muiez Hakimi kepada rakannya.

“Ok bos! InsyaAllah aku akan sedaya upaya menjaga iman aku ni. Muiez, kau percayakan kalau dalam cuti sekolah ni macam-macam boleh berlaku.” tiba-tiba Syazwan Aqeel berkata sebegitu.

“Memanglah. Cuti sekolahkan lama ,sebulan pulak tu. Kenapa?” balasnya.

“Tak adalah. Saja cakap. Ok. Sorry lah, kalau ada buat salah.” kata Syazwan Aqeel.

“Tak ada hal lah.Aku pun sama. Aasif jiddan.” kata Muiez Hakimi. Syazwan Aqeel mengangguk.

“Selamat tinggal ya sahabatfillah. Assalamualaikum.”Syazwan Aqeel melambai-lambai rakannya itu sambil melangkah keluar.Muiez Hakimi menjawab salam itu, selepas itu dia menyambung mengemas barangnya.

“Muiez!” tiba-tiba Syazwan Aqeel memanggilnya. Muiez Hakimi  memandang ke pintu dorm.

“Apa? Ada barang tertinggal ke?” Muiez Hakimi meneka. Syazwan Aqeel menggeleng.

“Aku lupa nak cakap sesuatu. Aku takut kalau lepas ni aku tak sempat nak cakap lagi.” kata Syazwan Aqeel.

“Apa dia?” Muiez Hakimi memandang wajah sahabatnya itu. Dia mengerutkan dahinya.

“Uhibbukafillah jiddan jiddan!” katanya sambil tersenyum.Dia mula melangkah pergi.

“Uhibbukafillah kaman,” balas Muiez Hakimi. Mereka berdua saling berbalas senyuman.

Minggu ini semua pelajar pulang ke rumah masing-masing. Cuti sekolah telah pun bermula.

                                                                              *************

Syazwan Aqeel sedang membaca al-quran di biliknya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat dhuha pada pagi itu. Puan Yusra ingin memasuki bilik anak tunggalnya itu, terasa sejuk hatinya mendengar bacaan anaknya. Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Syazwan Aqeel memandang ibunya.

“Aqeel,tolong umi sekejap boleh?” tanya Puan Yusra. Syazwan Aqeel menghabiskan bacaannya.

“Ya umi. Boleh, tolong apa?” Syazwan Aqeel meletakkan quran tafsir diatas meja belajar.

            “Tolong pergi kedai, belikan umi minyak masak dengan bawang besar . Umi nak suruh abi kamu beli tapi abi lambat lagi balik dari sekolah. Umi sudah hendak masak ni.” kata Puan Yusra  sambil menghulurkan not RM10 kepada anaknya.

“Ok. tak apalah umi. Mungkin abi ada buat kelas tambahan kot, tu yang lambat. Biar Aqeel yang pergi beli,” Syazwan Aqeel memandang wajah ibunya.

“Hati-hati bawa motor tu,”pesan Puan Yusra kepada anaknya.

“Ok bos!. Aqeel pergi dulu ye umi.” Syazwan Aqeel menghidupkan enjin motor ayahnya itu. 

“Terima kasih pakcik, saya balik dulu. Assalamualaikum,”kata Syazwan Aqeel .

“Sama-sama. Waalaikumsalam.” balas Pak Ali, pemilik kedai runcit itu. Syazwan Aqeel melangkah keluar dari kedai runcit itu. Kopiah putih diatas kepalanya dibetulkan.

‘Dah lama tak jalan dekat sini.’ bisik hatinya ketika melihat kawasan taman perumahannya. Dia leka memerhatikan kawasan itu. Kelihatan banyak kawasan perumahan yang baru dibina. Syazwan Aqeel melihat ada seekor anak kucing yang comel sedang berada di tengah jalan. Dia memberhentikan motorsikal kepunyaan ayahnya ditepi jalan. Dia pergi ke tengah jalan untuk mengambil kucing itu.

“Ya Allah, kesiannya anak kucing ini. Sakit ke?” dia mengendong kucing itu.Syazwan Aqeel memang cukup suka dengan kucing. Dia membelai kucing itu.

Tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju, menuju kearah Syazwan Aqeel yang sedang leka dengan kucing itu. Dia mendengar bunyi hon kereta yang cukup kuat.

Buuummmmmmmm!!! Kereta itu tidak dapat membrek, dia melanggar kuat Syazwan Aqeel. Syazwan Aqeel tercampak. Darah banyak mengalir keluar daripada kepalanya.


“Maaf, kami tidak dapat menyelamatkan nyawa anak encik dan puan. Dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.”kata seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan.

“Ya Allah,Kau kuatkan hati kami untuk menghadapi ujian yang Kau beri ini,” kata Ustaz Faris. Dia menenangkan isterinya yang sejak tadi menangis. Dia baru sahaja tiba di hospital.
“Yusra, Allah lebih sayangkan anak kita,kita kena redha,” Ustaz Faris berkata kepada isterinyaa. Dia turut sedih dengan pemergian anak kesayangannya.

“Tapi bang, Aqeel seorang sahaja anak kita. Yusra tak sanggup nak hidup tanpa dia,” dia masih menangis.

“Allah sudah tetapkan ajal anak kita sayang. Yang hidup pasti akan merasai mati. Kita ni yang hidup kena terus kuat.” pesan Ustaz Faris. Puan Yusra menangis dibahu suaminya.

‘Assalamualaikum kawan-kawan. Aku harap korang dapat bertenang bila baca mesej ni. Aku nak beritahu yang tengah hari tadi sahabat yang kita sayang Syazwan Aqeel bin Faris Ikmal, telah meninggal dunia akibat kemalangan dengan kereta. Dia mengalami kecederaan yang teruk dibahagian kepala. Allah lebih sayangkan dia. Kita kena terima ketentuan Allah. Kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Jika ada yang ingin melawat silakan, pengebumiannya pada pagi esok.’
Sender: Aliff Syairazi

Muiez Hakimi melihat telefon bimbitnya. Dia membuka pesanan ringkas yang baru diterima. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia baca.Dia membaca berulang kali mesej itu. Dia terkejut dengan berita yang baru sahaja diterima. Menitis air matanya secara tiba-tiba.

“Innalillahi wa innailahiraji'un.” Muiez Hakimi memejamkan matanya. Dia cuba untuk menahan air matanya. Dia berasa sedih dengan berita kematian itu. Muiez Hakimi bagaikan tidak dapat terima berita kematian sahabatnya.Dia teringat akan hari terakhir mereka berjumpa.

“Muiez, kau percayakan kalau dalam cuti sekolah ni macam-macam boleh berlaku.” tiba-tiba Syazwan Aqeel berkata sebegitu.
“Memanglah. Cuti sekolahkan lama ,sebulan pulak tu. Kenapa?” balasnya.
“Tak adalah. Saja cakap. Ok. Sory yer kalau ada buat salah.” kata Syazwan Aqeel.
“Tak ade hal lah.Aku pun sama. Aasif jiddan.” kata Muiez Hakimi. Syazwan Aqeel mengangguk.
“Selamat tinggal ye kawan. Assalamualaikum.”Syazwan Aqeel melambai-lambai rakannya itu. Dia melangkah keluar.Muiez Hakimi menjawab salam itu, selepas itu dia menyambung kerjanya.
“Muiez!” tiba-tiba Syazwan Aqeel memanggilnya. Muiez Hakimi  memandang ke pintu dorm.
“Apa? Ada barang tertinggal ke?” Muiez Hakimi meneka. Syazwan Aqeel menggeleng.
“Aku lupa nak cakap sesuatu. Aku takut kalau lepas ni aku tak sempat nak cakap.” kata Syazwan Aqeel.
“Apa dia?” Muiez Hakimi memandang wajah sahabatnya itu. Dia mengerutkan dahinya.
“Uhibbukafillah jiddan jiddan.” katanya sambil tersenyum.Dia mula melangkah pergi.
“Uhibbukafillah kaman,” balas Muiez Hakimi. Mereka berdua saling berbalas senyuman.

"Ya Allah, beratnya ujian yang kau beri ini. Aku amat sayangkan Aqeel.  Kau tabahkan hatiku untuk menerima kematiannya, aku yakin suatu hari nanti aku juga akan merasai kematian itu."bisik hatinya. Air matanya menitis. Dia membiarkan sahaja air mata itu mengalir dipipinya.

“InsyaAllah Aqeel, kita berjumpa lagi di syurga. Aku akan sentiasa doakan kau. Semoga kau tenang di alam sana,”Muiez Hakimi terus menelangkupkan tangannya ke muka. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada terus tumpah.Dia tahu rakan-rakannya yang lain juga sedih dengan kematian Syazwan Aqeel. 


“Aqeel, kau sudah pergi dulu daripada kami.” bisik Rafiq Zharfan. Dia lagi tadi tidak henti menangis selepas mendapat tahu berita itu. Air matanya bagaikan tidak dapat diseka. Hatinya cukup sedih dengan pemergian sahabatnya itu. Berita kematian Syazwan Aqeel bagaikan mimpi ngeri yang dia alami. Dia tidak dapat terima itu sebagai kenyataan. Hatinya tidak tenang.Dia mengambil air wudhuk untuk membaca Al-quran. Dia mendoakan sahabatnya itu.

Umarul Hakim bersama Aliff Syairazi datang melawat sahabatnya pada malam itu. Rumah mereka berdua memang dekat dengan rumah Syazwan Aqeel. Muka Umarul Hakim sudah sembab. Sewaktu dia sedang membaca yasin disisi sahabatnya itu, air matanya sentiasa mengalir tidak henti-henti. Hatinya sayu apabila memandang wajah arwah sahabatnya itu.
‘Aqeel, betul ke kau yang ada di hadapan aku ni.’ bisik hati Aliff Syairazi. Dia dan Umarul Hakim duduk betul-betul di sebelah arwah yang sudah kaku itu. Dia memandang sayu wajah sahabatnya yang sudah pucat itu. Terdapat kesan jahitan dibahagian kepalanya.Tenang sekali wajah Aqeel. Aliff Syairazi menitiskan air matanya. Dia menundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Aqeel. Aliff Syairazi melihat Puan Yusra, ibu arwah Aqeel masih lagi menangis. Encik Faris pula kelihatan tenang, walaupun mukanya nampak sembab. Aliff tahu Syazwan Aqeel merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Pasti ibu bapa arwah sedih kehilangan satu-satunya anak mereka.

Irfan Zaqwan menghabiskan sisa malamnya dengan munajat. Doa buat Aqeel tidak putus-putus dipanjatkan.Dia cuba untuk menguatkan hatinya. Dia pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan yang sahabatnya itu sudah tiada di alam yang nyata. Tetapi dia tahu ini sudah ketentuan Illahi, dia harus menerimanya.

‘Assalamualaikum Nusaibah, ana nak beritahu ni. Petang tadi Muiez ada bagi mesej pada ana. Dia beritahu yang sahabat kita, Syazwan Aqeel telah meninggal dunia pada tengah hari tadi. Dia kemalangan dengan kereta. Kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah yer. Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang soleh. InsyaAllah.’
Sender:Izzati Irdina

Nusaibah Khaleelah menitiskan air matanya selepas membaca mesej itu. Luluh hatinya. Dia tidak menyangka sahabatnya itu telah pergi dulu sebelum dia. Dia cuba untuk menerima ketetapan itu. Baru seminggu cuti persekolahan bermula, sudah ada perkara buruk yang berlaku. Dia yakin semua itu adalah ketentuan Allah. Dia sebagai makhluk perlu menerima ketetapan itu. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Air mata yang mengalir pantas diseka.Nusaibah Khaleelah mendoakan sahabatnya.

***********************************************

Setelah seminggu berlalu , tibalah hari pengumuman keputusan PMR. Semua pelajar berdebar-debar datang ke sekolah. Sekolah itu telah mencatatkan seramai 30 orang mendapat 9A, 16 orang mendapat 8A dan 20 orang mendapat 7A. Manakala, 34 orang lagi mendapat bawah 6A. Keputusan sekolah pada tahun ini meningkat lebih baik daripada tahun yang lepas.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Seperti yang kamu semua tahu, hari ini adalah hari pengumuman keputusan PMR. Sebelum saya mengumumkan nama pelajar yang mendapat 9A, saya ingin memberitahu terlebih dahulu bahawa pelajar sekolah ini, Syazwan Aqeel bin Muhd Faris telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas. Arwah merupakan salah seorang daripada pelajar yang mendapat 9A. Jadi, marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan al-fatihah untuk arwah.” kata Ustaz Amir. Semua pelajar sudah menadah tangan. Masing-masing membaca al-fatihah untuk disedekahkan buat sahabatnya yang sudah tiada itu. Muiez Hakimi menundukkan wajahnya. Air matanya sudah mula bergenang. Rakannya yang lain juga sudah menitiskan air mata. Semua sedih dengan kematian Syazwan Aqeel.

“Tahniah Aliff, Irfan, Rafiq, Muiez,dan Umar.Pihak sekolah amat bangga dengan kejayaan kamu semua.” kata Ustaz Amir yang merupakan guru kelas mereka. Dia bangga kerana ramai anak muridnya mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka semua tersenyum hambar mendengar pujian guru kelas itu. Bagi mereka tidak bermakna kejayaan itu,jika salah seorang daripada mereka sudah tiada. Walaupun mereka adalah antara pelajar yang mendapat 9A, mereka tetap tidak gembira. Muiez Hakimi dan rakan-rakannya yang lain bagaikan tidak merasai kejayaan yang telah mereka semua raih. Mereka semua bagaikan tertunggu-tunggu kedatangan Syazwan Aqeel disisi mereka.

             Tiba-tiba Muiez Hakimi membuka telefon bimbitnya. Dia memainkan lagu nyanyian Hijjaz yang bertajuk Kau Sahabat Kau Teman. Semua hanya senyap. Mereka mendengar dan menghayati lagu itu.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kupasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau disana
Setangkai doa juga fatihah terusku kirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

            Selepas habis lagu itu dimainkan, mereka semua tunduk. Terasa terpukul dengan lirik lagu itu. Air mata masing-masing sudah bergenang.  

 “Aku rindu sangat dekat Aqeel. Aku nak sangat jumpa dia.” Luah Muiez Hakimi. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada tumpah. Sahabatnya yang lain sudah menunduk apabila mendengar luahan Muiez Hakimi . Mereka semua rindu akan Syazwan Aqeel. Masing-masing melayan perasaan mereka. Setitis demi setitis air mata mereka mengalir.

Semua pelajar tingkatan 3 di sekolah itu sedang sibuk berbual tentang keputusan PMR yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Masing-masing gembira dengan kejayan yang telah diperoleh. Hanya mereka berlima sahaja yang tidak menyebut tentang keputusan mereka. Mereka semua tahu yang mereka semua telah mendapat 9A, tetapi mereka semua tidak gembira dengan kejayaan itu. Hanya satu sahaja yang bermain dalam fikiran mereka, semua sedang teringatkan Syazwan Aqeel.

“Baru seminggu lepas kita cuti sekolahkan, macam tak percaya saja yang Aqeel sudah tak ada, rasa macam baru semalam kita jumpa dia.” Rafiq Zharfan terasa rindu akan sahabatnya.

 “Selalunya Aqeel yang buat kita ketawa. Aku rindu sangat nak dengar suara dia.” Aliff Syairazi menunduk. Dia adalah sahabat yang paling rapat dengan Syazwan Aqeel. Mereka berdua berkawan sejak kecil. Air mata masing-masing sudah tidak dapat diseka. Makin diseka, makin deras air mata itu mengalir.

“Kawan-kawan, tak baik cakap macam tu. Biarlah Aqeel tenang di sana. Allah lebih sayangkan dia. Ingat, semua yang hidup pasti akan merasai mati. Kita kena redha dengan pemergian dia. Kita kena terima hakikat ini. Esok lusa kita akan pergi juga menghadap Illahi.” Umarul Hakim cuba menenangkan sahabat-sahabatnya. Dia juga cuba untuk menahan air matanya daripada mengalir lagi.

“Aqeel !” Rafiq Zharfan menyebut nama sahabatnya itu. Dia menelangkupkan tangannya ke muka. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada tumpah lagi.

“Kenapa kita susah nak terima hakikat yang Aqeel sudah tiada?” tanya Aliff Syairazi. Semua cuba untuk menjawab pertanyaan itu.

“Sebab hakikat ini datang secara tiba-tiba. Tanpa kita duga. Allah nak uji kita, sama ada kita kuat atau tidak untuk hadapi ujian ni. Allah sudah rancang semua ini. Kita kena belajar untuk terima yang Aqeel sudah tiada.”Muiez Hakimi yang sejak tadi cuma berdiam akhirnya bersuara menjawab pertanyaan itu. Dia sendiri susah untuk menerima ketiadaan Aqeel, tetapi dia cuba untuk belajar menerima.

“InsyaAllah, semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Janganlah sedih kawan-kawan. Aqeel mesti tak suka tengok kawan-kawan dia menangis.” Usik Irfan Zaqwan. Dia masih menyeka air matanya yang masih tumpah.

“Kau cakap orang, kau pun masih nangis.” Muiez Hakimi membalas usikan itu. Semua yang ada sudah ketawa. Mereka ketawa dalam tangisan.

“Sudahlah. Korang perasan tak , yang lagi tadi semua yang lalu dekat sini tengok kita.” Aliff Syairazi sudah dapat meredakan air matanya. Semua mengangguk. Mereka duduk di taman sekolah mereka itu. Tempat itu memang menjadi laluan untuk pergi kekantin sekolah.

“Betul tu. Sudahlah ada muslimat lalu tadi. Kita pula selamba saja nangis.” Rafiq Zharfan membenarkan kata-kata Aliff Syairazi.

“So? Ada aku kisah? Biarlah dia orang tengok tayangan air mata muslimin yang susah nak nampak ni.” selamba Muiez Hakimi berkata. Semua sudah ketawa. Rafiq Zharfan menyiku lengan Muiez Hakimi.

“Woi, Ingat free show ke hah? Kau ni kan Muiez, sabar saja la,” Aliff Syairazi menjeling tajam Muiez Hakimi. Semua sudah tergelak-gelak. Mata mereka semua nampak sembab.

“Banyaklah kau punya tayangan. ” Umarul Hakim menunjukkan penumbuknya kepada Muiez Hakimi. Terburai ketawa Muiez Hakimi.

“Muiez, bila kau nak berhenti menangis? Kita orang semua sudah ok dah. Kau ni gelak-gelak pun boleh mengalirkan air mata yer.” Irfan Zaqwan pelik dengan Muiez Hakimi. Semua memandang Muiez Hakimi.

“Entahlah. Aku memang macam ni, kalau tengah ketawa pun air mata aku boleh keluar. Susahlah nak hentikan.” Muiez Hakimi cuba untuk menyeka air matanya.

“Kau ni kan Muiez, aku panggil muslimat baru tau.” usik Aliff Syairazi.

“Berani ke?” Muiez Hakimi bertanya. Rafiq Zharfan baru sahaja ingin membuka mulut.

 “Tak payah. Aku sudah ok.” pantas dia memotong bicara Rafiq Zharfan. Semua sudah ketawa melihat reaksi Muiez Hakimi.

“Aku sudah tau siapa.” Aliff Syairazi memandang Muiez Hakimi.

            “Sudahlah korang. Walaupun Aqeel sudah tak ada bersama kita , kita akan sentiasa ingat pada dia.Betul tak?” Tanya Muiez Hakimi kepada sahabat-sahabatnya. Semua mengangguk.

            “InsyaAllah!” semua menjawab. Mereka semua cuba untuk membiasakan diri dengan ketiadaan Aqeel, kadang-kadang ada yang masih tersebut nama Aqeel. Seolah-olah mereka lupa yang Aqeel telah tiada di alam nyata.


“Ya Allah,macam tak percaya saja boleh dapat 9A.” kata Amira Haneesa. Dia sungguh tidak percaya dengan keputusan yang diperolehnya. Keputusan percubaannya sebelum ini hanya beberapa A sahaja.

“Betul tu, keputusan percubaan ana yang sebelum ni tak dapat penuh pun, tapi kali ni boleh dapat penuh pula. Syukur, Alhamdulillah.” kata Alya Raihanah pula.

“Ini adalah berkat usaha kita semua. Tengoklah, kita semua sudah berjaya mendapat 9A, kerana kita semua selalu yakin yang Allah sentiasa ada bersama untuk membantu  kita.” kata Izzati Irdina. Semua mengangguk setuju.

“Lepas ni kita semua kena buat sujud syukur , sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi kita kejayaan ini.” kata Aisyah Zinnirah mengajak sahabatnya.

“Baiklah,lepas ni kita pergi sama-sama.” kata Nusaibah Khaleelah. Kesemua mereka mendapat 9A. Mereka semua gembira sekali dengan kejayaan yang diperoleh.

“Dan nanti kita jangan lupa untuk doakan sahabat kita yang sudah tiada ya.” Izzati Irdina berpesan. Dia memaksudkan Syazwan Aqeel. Dia perasan tadi Muiez Hakimi dan sahabat-sahabatnya sedih walaupun mereka sudah mendapat 9A. Semua mengangguk.

Mereka semua sudah memohon sekolah-sekolah berasrama penuh. Kebanyakan daripada mereka mendapat sekolah yang mereka mohon. Ada yang berpindah, ada yang tidak.

***************************************************

“Aisyah, anti pindah mana nanti?”tanya Izzati Irdina. Dia dan Nusaibah akan berpindah ke salah satu sekolah berasrama penuh yang berada di Selangor.

“Ana , Alya, dan Amira mungkin akan sama sekolah nanti.” katanya. Mereka bertiga mendapat tawaran dari sekolah sekolah berasrama penuh yang pernah dimohon itu.Kelima-lima sahabat itu akan berpindah sekolah.

“Alhamdulillah, ana gembira sangat dengan kejayaan kawan-kawan ana. Tapi ,nanti kita semua tak sama sekolah. Ana hanya dengan Izzati , anti pula bertiga nanti.” keluh Nusaibah Khaleelah.

“Ini semua sudah ketentuan Illahi. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Ana sedih lah nak berpisah. Nanti tak dapat nak study sama-sama macam dulu lagi .” kata Alya Raihanah pula.

“Betul tu, ana pun tak sangka yang ana pindah juga. Ingatkan nak stay sini saja.” luah Amira Haneesa. Semua mengangguk. Mereka akan berpecah.

“Tak apa lah. Kita belajar dekat mana-mana pun sama, yang penting kita niatkan apa yang kita belajar kerana untuk menuntut ilmu Allah. Jangan berputus asa ye kawan-kawan. Jika kita jatuh, kita kena bangkit semula. Perjalanan kita masih jauh.” pesan Izzati Irdina kepada sahabat-sahabatnya.

“Ohh, perjalanan kita masih jauh.. Jalanan berliku akan kita tempuh…” Nusaibah Khaleelah sempat lagi menyanyikan sebuah lagu yang sudah dihafalnya. Mereka semua tersenyum mendengar bait-bait kata lagu itu. Ada butir-butir jernih yang gugur daripada kelopak mata mereka.

“Uhibbukunnafillah jiddan jiddan,”Aisyah Zinnirah mengucapkan kata itu.
‘Saya sangat sayang pada kamu semua kerana Allah.’ Mereka rasa terhibur dengan maksud ungkapan tersebut. Mereka semua berpelukan. Masing-masing rasa sebak untuk berpisah.



****************************************************

“Rafiq, lepas ni kau nak pindah juga ke? Tak nak stay kat sini sampai SPM ?” tanya Irfan Zaqwan. Rakan-rakannya yang ada semua sudah memandang Rafiq Zharfan. Mereka semua sudah tahu jawapannya.

“Hmm... Aku sudah dapat tawaran dari SBP yang aku mohon tu. Kalau aku tolak tawaran tu sekali pun, ibu dengan ayah aku tetap akan berpindah. Mula-mula aku sudah terfikir nak stay dekat sini saja, tapi aku terpaksa ikut keputusan ibu bapa aku.” balasnya. Dia sedih untuk meninggalkan sahabat-sahabatnya. Dia akan masuk ke sekolah berasrama penuh.

“Janganlah tinggalkan kami, kami sudah anggap kau macam abang kami , sebab kau yang selalu tegur kami bila kami buat salah.” sayu sahaja Aliff Syairazi berkata. Semua mengangguk. Rafiq Zharfan seorang sahabat yang baik. Dia selalu memberikan nasihat kepada rakan-rakannya. Jika ada rakannya yang berselisih faham, pasti dia akan cari jalan untuk mendamaikan mereka semua.

“Tak apa lah. Aku akan sentiasa ingat pada korang. Kita semua bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Doakan aku selalu ya.” pesan Rafiq Zharfan. Semua mengangguk. Mereka akan merasai kehilangan seorang lagi sahabatnya, selepas Syazwan Aqeel.

“Lepas ini kita hanya tinggal berempat sahaja. Rafiq akan  tinggalkan kita, dia pergi ke sekolah lain.  Aqeel pula telah pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. InsyaAllah, kami akan sentiasa ingat pada kau dan arwah Aqeel.” kata Umarul Hakim. Semua sudah sedih akan pemergian seorang lagi sahabatnya itu.

“Rafiq,kita orang semua memang sedih bila kau nak pindah. Sebelum ini kita semua kehilangan Aqeel, sekarang kami semua akan kehilangan kau pula. Tapi kita semua kena ingat, ini adalah ketetapan yang Allah buat untuk kita semua. Kita kena terima ini semua. Anggaplah persahabatan kita berenam dari mula kita berkenalan hingga ke akhir ini sebagai anugerah terindah yang pernah kita lalui. InsyaAllah,walau dimanapun kita berada, kita akan sentiasa ingat-mengingati.” Muiez Hakimi cuba untuk meredakan kesedihan rakan-rakannya dengan kata-kata itu.

“InsyaAllah, semoga ukhuwah yang kita bina selama ini mendapat keredhaanNya. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Semoga ikatan ukhuwah kita yang terjalin akan terus kekal selama-lamanya,” kata Aliff Syairazi.

“Aku sayang kamu semua hanya kerana Allah,” ucap Rafiq Zharfan. Semua tersenyum mendengar kata itu.

“Uhibbukumfillah,” luah Umarul Hakim

“Uhibbukumfillah jiddan jiddan,” tambah Muiez Hakimi pula. Mereka semua berpelukan.


Sebelum berpisah mereka semua bersalaman. Masing-masing meminta maaf antara satu sama lain. Ukhuwah mereka benar-benar dibina atas paksi keimanan. Semuanya dilakukan berlandaskan iman.

Maka berakhirlah pertemuan mereka pada tahun ini. InsyaAllah, jika mereka diizinkan oleh Allah untuk bertemu kembali, pasti mereka akan dipertemukan semula.


TAMAT